Cerita jiranku yang sengaja seksi….!

 

Ada kawan aku ni, tinggal bersebelahan dengan kawasan perumahan di mana terletaknya rumah aku… Nama tamannya memang le sama… tapi dipecahkan dalam beberapa taman kecil.. Taman Scientex Pasir Gudang. Kawan aku ni aku hanya perlu kenalkan dirinya sebagai Baharin sahaja.. Kami pada mulanya rapat le juga ketika bekerja di Venture satu ketika dahulu..

 

Kerap juga le aku mengunjung ke rumahnya, jika ada hal atau pun nak berborak kosong. Kebetulan pada hari tersebut dia tak bekerja dan isteri serta anak-anaknya pergi ke rumah mentuanya di Taman Pelangi kat JB, maka tinggallah dia seorang…

 

Aku biasanya berborak dengan Baharin di depan rumah… jarang aku dan dia masuk ke dalam rumah. Baharin meminta diri nak buatkan air kopi untuk aku, walaupun aku cakap “tak payah buat le….”, tapi member aku ni ikhlas…. dia ke dapur membuat air.

 

Sementara aku menunggu, aku ternampak le berdepan rumah Baharin tu… ada seorang perempuan muda sedang menjemur kain, pakai T-Shirt jarang dan berkain batik.. Mulanya aku tak de le nak tengok sangat sebab aku rasa dia ni confirm le bini orang…  Tapi aku terperasan sesuatu apabila dia membongkokkan badannya, berdepan dengan pandangan aku.. aku ternampak le benda yang sepatutnya aku tidak boleh tengok..

 

“Hoi… kau tengok ape tu?”, sergah Baharin bila dia perasan aku melihat something interesting bertentangan depan rumah dia…

 

“Seksinya jiran kau tu… jemur kain tapi kenapa kain batiknya diangkat sampai paras peha…?”, terkeluarlah pertanyaan bongok ku kepada Baharin…

 

“Entah le Man, sejak suaminya Outstation 3 minggu ni, makin menjadi-jadi pulak buang tebiat dia… “, kata Baharin sambil dia pun tak berkedip melihat bini orang di depan mata..

 

“Dah le tu.. kita sama-sama dah kawin… tak payah le kau tengok…..”, aku berhenti berkata-kata bila perempuan muda tadi datang menuju ke halaman rumah Baharin…

 

“Abang Baharin, Ika ada banyak ikan cencaru kat rumah, abang nak tak?”, perempuan bernama Ika tu bertanya kepada Baharin, peliknya tangannya macam sengaja memegang buah dadanya..

 

“Tak pe le Ika… ikan kat peti sejuk pun banyak lagi…, kalau tak de nanti abang jumpa Ika arr…”, Baharin menjawab selamba tapi aku perhatikan Baharin macam tergoda dengan kecantikan Ika sambil Ika sengaja membelai rambutnya dan juga mendepangkan dadanya, menonjolkan benda yang aku haram tengok…

 

Selepas Ika berjalan pulang sambil meliuk-liuk pinggulnya, aku bertanya pada Baharin apa hal bini orang tu…?

 

“Sebenarnya Man, dia tu kurang kasih sayang… Suaminya kerap benar Outstation… tapi aku dengan suaminya tak POWER..!!!”

 

“Ceh”, itu je yang mampu aku kata…

 

“Dia ni Man, bukan dengan aku je.. kebanyakan lelaki di lorong rumah aku ni kerap juga dia berjumpa, bersembang kosong cuma gaya dia tu seksi sangat.. Ada juga wife orang lain menegur dia…, dia cakap PEDULIK APA AKU”,   jelas Baharin kepada aku…

 

Aku nasihatkan Baharin supaya berhati-hati. Lebih bagus kalau suaminya balik.. nasihatkan dia jaga bini dia betul-betul…

 

“Tapi Man, suami dia ni tak campur orang… Tak peramah langsung.. Muka macam SHREK!”, kata Baharin..

“Muka macam SHREK pun ini dah tanggungjawab kita.. dibuatnya bini dia buat tak tentu hala nanti.. Kau tu pun agak2 le.. dah kawin bro… “, nasihat aku pada Baharin.

 

Tapi aku pelik, mesti ada sebab lain kenapa perempuan tu jadi begitu,bukannya pasal lakinya NO POWER..

Untuk kali ni… aku nasihatkan pada suami-suami semua, tengok-tengok le isteri anda…. Isteri anda tak jadi macam cerita di atas kalau anda tak abaikan apa yang sepatutnya yang seorang isteri perlu terima…