Bola pun bola juga…!! Tapi

Malam ini 20 Oktober 2012, adalah malam kemuncak kepada perlawanan akhir Piala Malaysia musim kali ini yang menemukan ATM dan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor.

Pertembungan kali ini pasti hebat dan diharapkan supaya permainan di tengah padang akan lebih professional bagi kedua-dua pasukan, sepertimana sebelumnya.

 

Dan diharapkan supaya penyokong kedua-dua pasukan pun akan lebih professional bila menyokong kedua-dua pasukan hebat ini.

Walaupun polis kata mercun tak boleh dibawa masuk ke stadium, tetapi letupan mercun di tengah padang ketika perlawanan berlangsung masih kerap berlaku. Itu belum cerita lagi perangai segelintir penyokong-penyokong sengal yang memprovokasikan keadaan, seperti mengejek penyokong lawan dan membaling botol ke arah padang, hingga ada penyokong sendiri yang cedera.

 

Apa kata kalau lepas ni pergi stadium tak payah beli botol air.. Amacam? Anda mau ke?

 

Yang lebih penting, dalam keseronokan kita sibuk nak tengok bola terutamanya yang sanggup datang dari jauh dan sanggup berada awal di stadium seawal pukul 4 petang, anda jangan lupa buat solat Asar tak pun buat solat Jamak Takhir atau Jamak Takdim, sebelum beria-ria benar nak tengok bola tu… Maghrib pun jangan tinggal. Lagi bagus, datang je lepas solat Maghrib.

 

Jangan kerana bola punya pasal, apa solat pun tak buat.