Bank Negara “mengganas” lagi…!

 

 

Hari ini saya ada terbaca laporan daripada laman web tempatan tentang masalah yang sedang dihadapi oleh beberapa syarikat pelaburan emas. Syarikat mereka sedang dipantau oleh Bank Negara kerana mengambil daripada orang ramai tanpa lesen.

Selepas Genneva Gold, kali ini beberapa lagi syarikat yang sedang beroperasi bakal menerima nasib yang sama. Di antara syarikat yang telah disenarai hitam oleh Bank Negara termasuklah

Azea Property Sdn Bhd, CGF Fine Metal Sdn Bhd, Eagle Aeronautics (M) Sdn Bhd, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution Enterprise, Public Gold Sdn Bhd, Royal Gold Sdn Bhd, SGFM Trading Sdn Bhd dan Urustabil Sdn Bhd.

 

CGF Fine Metal, Future Trade Indojaya, Public Gold, Royal Gold, dan SGFM Trading terbabit dalam pelaburan emas, manakala Azea Property, Eagle Aeronautics, Global Peace Loving Family, Greenmillion Agrosolution, dan Urustabil aktiviti lain tanpa berlesen. Syarikat berkenaan disenaraikan dalam laman web Bank Negara www.bnm.gov.my pada 27 September lalu. Ia menjadikan 87 syarikat atau individu disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan dalam bidang kuasa BNM.

 

Mengambil contoh penipuan kewangan pelaburan emas, Bank Negara berkata, ada beberapa modus operandi yang sering digunakan bagi mengelirukan pelabur.


1.) Meminta pelabur mengisi borang pelaburan dan menandatangani perjanjian dengan pengendali skim.


2.) Pelabur akan membayar harga emas sama ada menerusi cek atau secara tunai dan diberikan pilihan untuk mengambil emas (bersama sijil pelaburan emas) pada bila-bila masa seperti ditetapkan pengendali skim atau membenarkan pengendali skim menyimpan produk emas.


3.) Pelabur dijanjikan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau hibah setiap bulan sepanjang tempoh pelaburan mengikut peratusan ditetapkan dan pengendali skim menjamin pembelian balik ketika tempoh akhir perjanjian pada harga belian asal.

 

Nampaknya, apa juga jenis pelaburan yang melibatkan syarikat ataupun individu tertentu, kena tengoklah ke website Bank Negara. Tak boleh sebarang nak melabur… Nanti duit pun hangus, apa pun tak de..

Pesanan dari pelabur yang pernah ditipu….