Aku dirasuk “SYAITAN”!

 

Alasan semata-mata. Itu yang aku boleh perkatakan apabila membaca artikel berkenaan dengan pendakwaan yang sedang berlangsung terhadap pesalah dari Indonesia. Haizarin Iskandar atau juga dikenali sebagai Andrew Iskandar memberikan alasan yang bangang (dia sedar telah melakukan 'satu dosa yang tidak terampun dalam Islam', dan melakukan jenayah tersebut kerana kerasukan syaitan)

 

Kalau Andrew mmebunuh ketika marah, confirm la dia mendengar bisikan syaitan untuk membunuh Mohd Shah Saemin (dalam gambar kecil), seorang pemandu konsulat Malaysia. Andrew membawa anaknya sekali bagi melunaskan niat membunuh Mohd Shah.

 

Bagi aku le kan, Haizarin dan anaknya memang berniat untuk membunuh Bagi aku sama ada dia kerasukan atau tidak, itu bukannya soalan kenapa dia sampai satu tahap untuk membunuh. Hanya alasan semata-mata. Tetapi hukuman yang diterimanya di Australia bagi aku terlalu ringan (penjara 18 tahun).

Kalau kejadian ini berlaku kat Malaysia, dah lama kena gantung mamat ni…

 

Bagi lelaki-lelaki kat luar sana. Ambillah ikhtibar dari cerita di atas. Jangan sesekali menjalin hubungan sulit dengan isteri orang. Padahnya macam cerita di atas ni le….!! Al Fatihah untuk Allahyarham Mohd Shah.