Universiti yang bangsat!!!

 

Sebuah Universiti yang kononnya terkenal di Filipina telah menayangkan filem kontroversi Innocence of Muslims, (berita ni kenapa tak sebut nama universiti tu?).

Berita ini dipetik dari sumber AFP :

Filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) ditayangkan di sebuah universiti terkemuka Filipina semalam, mengetepikan larangan oleh pegawai universiti itu yang tidak mahu menyiarkannya atas faktor keselamatan.

Harry Roque, seorang peguam hak asasi terkemuka dan yang juga pensyarah Universiti Filipina di Manila berkata, beliau menyiarkan filem itu sebagai demonstrasi kebebasan bersuara.

``Sebagai seorang ahli akademik dan seorang peguam, saya tidak boleh membenarkan hak asasi untuk dilanggar. Saya juga menjalankan dengan sempurna tugas saya sebagai pensyarah undang-undang dan saya bersedia untuk menanggung akibatnya,’’ katanya kepada pemberita. – AFP

 

Memang celakalah manusia bernama Harry Roque ni.. Demonstrasi Kebebasan bersuara konon! Benda dah panas, dia lagi panaskan api kat Filipina… Lepas ni kalau dia diancam mati di bunuh…? Salahkan diri sendiri sebab sengaja cari pasal dengan orang Islam… Pendek le umur kau lepas ni…