Si Malang Butler…!

Nasib si Butler ni sudah pun diketahui… Dia bakal dikenakan pergantungan selama enam bulan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu kerana bukan sahaja gagal membawa Terengganu ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi diserikan lagi dengan noktah hitam untuk pasukan Terengganu sendiri.

 

Tuduhan melulu tanpa bukti Butler terhadap 2 pemain iaitu Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad serta sengketanya dengan Sharbinee Alawi nampaknya telah memakan dirinya sendiri. Sebagai seorang jurulatih yang berpengalaman dalam bolasepak, Butler sepatutnya tahu apa yang boleh dia lakukan untuk memantapkan Terengganu. Tetapi lain pula jadinya. Terengganu hanya mampu berada di tangga ke 6 Liga Super dan gagal melayakkan pasukan ke suku akhir Piala Malaysia. Dengan merudumnya persembahan Terengganu tahun ni, tidak ramai pemain yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan dan kemungkinan kebanyakan daripada mereka akan digugurkan oleh pihak pengurusan.

 

Mungkin Butler boleh marah kepada pemain yang melanggar arahan, tetapi tak de le sampai keluar media dan membuat tuduhan melulu sehingga memalukan pemain tadi…

 

Apa yang boleh aku katakan… Kesiaaaan……!!!!