Jenayah Ekstrem….!!!

Apa le nak jadi dengan negaraku ni… Semakin hari semakin menjadi-jadi pulak jenayah ekstrem ni kan? Tengok je le bila ada je nak membalas dendam, rumah pegawai kerajaan terbabit dibakar dengan bom petrol. Apa le kambing le orang yang buat kerja ni… Dah le tu, tuan rumahnya meninggal kerana serangan jantung ketika cuba nak memadamkan api yang meragut kereta miliknya…

 

Nampaknya kerjaya seperti pegawai kastam, pegawai imigresen, polis, JPJ, Jabatan Agama dan apa sahaja yang melibatkan penguatkuasaan, adalah kerjaya yang ada risiko.. sindiket yang tak puas hati, akan merancang untuk menyerang pegawai, atau sekurang-kurangnya merosakkan harta benda sebagai amaran kononnya…

 

Tetapi berita terkini, seorang sudah pun dicekup…

 

Bagi keluarga mangsa, tak ada apa yang boleh aku ucapkan melainkan Takziah dan Bersabar…

 

Bagi mereka yang melakukan kerja yang bodoh ni… tunggu le nasib kau… aku doakan semoga kau orang semua cepat dicekup… dan dipanah petir….!!!!