Bahasa Kebangsaan semakin terpinggir arr….

PM kita (PM Najib) ada berbunyi baru-baru ni yang rakyat Malaysia ni sepatutnya kena lebih mahir menguasai bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu). Ini kerana hanya bahasa Melayu sahaja yang boleh menyatukan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

 

Bila difikirkan balik, sebenarnya rakyat Malaysia sendiri pun tak reti nak menghargai bahasa kebangsaan tu pun… Contohnya tengok je le kat sekolah… kalau kaum Cina dengan segelintir kaum yang lain, tak ada pun diaorang berbual dalam bahasa Melayu (bila sesama mereka ataupun bila berbual dengan rakan melayu yang lain… cakap bahasa inggeris jugak…

 

Kita pergi ke syarikat korporat yang pengurusan paling atasnya adalah orang melayu dan pekerjanya majoriti orang melayu… Bila buat mesyuarat je… cakap pun bahasa inggeris… mengarah orang pun cakap bahasa inggeris yang bercampur-campur jadi bahasa inggeris sampah!!!

 

Dipendekkan cerita, bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) masih terpinggir dan akan dipinggirkan oleh rakyatnya sendiri, apalagi jika dipinggirkan oleh orang melayu sendiri… Alahai…..