Apa cerita Blog Realiti Konspirasi?

image

Dahulu, aku kerap menjengah blog Zack Zukhairi dengan Tema Tagnya “Realiti Konspirasi”. Kerap juga le menjengah blognya yang tak seberapa tu…  Walaupun blognya tak le seberapa, tetapi peminat blognya jika kita lihat dari segi follower je dah dekat 27000 orang. Dan aku rasa dia adalah pemenang dari segi followernya.

 

Aku menjengah blognya kali ni pun bukannya apa… saje je kalau-kalau ada cerita terkini ke daripada Zack, tapi sayangnya the last posting yang dia tulis ialah pasal vitagen…. Itu pun ditulis pada bulan Februari yang lepas…  Lepas tu dah tak de kabor le si Zack ni.. agaknya dia dah malas nak tulis blog sebab maklum le.. peminat pun dah ramai, orang pun hensem maka dia pun tak payah nak bersusah payah lagi sebab blog dia ni pasti akan dikunjungi walaupun setakat 100 orang sehari..

 

Sayangnya peminat tegar Zack Zukhairi dah berbunyi ni… Bila nak update blog tu? Ke dah ambik keputusan resign dari blog? Hanya tuan punya badan yang boleh menjawabnya….!!!