Tragedi Ogos

 

mercun-raya

Kenapa aku memilih tajuk ‘Tragedi Ogos’ ni? Di bulan Ogos 2012 adalah ketika umat Islam di Malaysia masih dalam mood Ramadhan, berpuasa selama sebulan. Apa yang tragedi sangat di bulan Ogos tahun ini?

Sebenarnya cerita sebelum 1 Syawal ni dah banyak kali kita dengar, dan aku percaya ramai bloggerz macam aku ni pun menulis benda yang sama sahaja…  Cuma aku agak sedih bangsa aku sendiri masih tak sedar-sedar juga akan akibat dan bahayanya.. Tragedi Ogos ni biasalah.. apa lagi kalau bulan kes cedera kerana mercun! Tragedi Ogos le namanya…

Menyingkap dari segi sejarah.. sebelum kedatangan kaum Cina di Tanah Melayu, orang melayu sendiri pun tak kenal apa itu mercun, sehinggalah apabila kedatangan pendatang cina ketika itu membawa budaya bermain dan meletupkan mercun ketika Tahun Baru Cina. Dan pada masa itu, permainan mercun di kalangan melayu ni diperkenalkan oleh bangsawan-bangsawan atau pun pembesar melayu yang rapat dengan istana. Lama-lama, mercun ni dah sebati dengan orang melayu.

 

Bak kata pepatah sekarang.. “ No Mercun… So No Raya….”

 

Mercun adalah pilihan melayu untuk memeriahkan malam-malam terakhir Ramadan yang sepatutnya dihabiskan di masjid dengan amal ibadat.. Kerana taksub dengan mercun, maka mercun menjadi pendapatan peniaga-peniaga yang tidak ada responsible. Lebih malang lagi… ada yang hanya beli belerang, buat mercun buatan sendiri… tak pun beli kabaid buat meriam buluh..  Kanak-kanak atau remaja melayu ni kalau bab mercun memang kreatif…

 

Apa yang tidak sedap di dengar, setiap tahun sebelum tamatnya Ramadhan, maka dalam TV atau newspaper ialah cerita-cerita ‘kecederaan’ tak pun ‘kemalangan’ akibat bermain mercun, sama ada mercun beli atau pun mercun buat sendiri…. Ada yang hilang mata.. hilang telinga… hilang jari malah yang terkini hampir hilang seluruh pergelangan tangan..  Di mana-mana pun sekarang dan setiap hari, cerita pasal kemalangan disebabkan mercun menjadi tajuk sisipan newspaper hari ni….

 

Aku tak nafikan sambutan raya memang teramatlah meriahnya di negara yang aku cintai ni.. mana ada negara yang sambut raya sampai hilang tangan… cuma di Malaysia je maaaa….  Bergantung kepada siapa yang terlibat dan siapa yang menggalakkan… Kalau mak bapak budak tu suka kepada mercun dan menggalakkan, maka bermercun le rumah diaorang… Tapi bila anak dah kudung jari sampai  masuk hospital seminggu, jadi le Tragedi Ogos.. Aku pun tak menggalakkan kauorang taksub sangat sambut raya dengan mercun.. Udah udah le tu…