Pejabat Imigresen 'diserang...!'

Aku tiba di parking Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, Kempas pada pukul 10 pagi... Apabila aku sampai ke bangunan yang menempatkan pejabat imigresen negeri, dekat perkarangan imigresen penuh dengan orang ramai yang beratur menunggu giliran ambik nombor... agak luar biasa juga suasana di perkarangan bawah pejabat imigresen ni... biasanya kalau hari biasanya ambik nombor dekat ofis bahagian passport je... sebab hari biasa pun tak ramai orang yang nak datang buat passport.. tapi di raya keempat ni... pejabat imigresen penuh sesak dengan orang ramai... dan sungguh hampeh... aku dapat no 795... pada pukul 10.17 pagi...

Kata salah seorang pegawai imigresen kepada saya, kalau dah dapat nombor 795 ni... apa katanya kalau datang je sebelah petang... jam baru pukul 10.30 pagi.. tapi kalau nak tunggu boleh... tunggu kat kafeteria..

Aku ni jenis tak percaya... aku pun cuba le pergi panjat bahagian passport tengok suasana.. Sampai kat sana hmmm confirm aku datang sebelah petang je... nombor di skrin pun baru nombor 259, 260 .. aku? Nombor 795.... lambat lagi... dalam ofis ni sama ada untuk buat passport atau penyerahan passport penuh dengan orang ramai.. Maka aku ambik keputusan nak balik ke Pasir Gudang dulu...

Pada petangnya...  bila sampai semula dalam pukul 3.30 petang... aku tengok nombor di skrin baru sampai nombor 670... Nombor aku dipanggil dalam pukul 4.15 petang..itu pun banyak nombor yang dipanggil, tetapi tuan punya nombor tak muncul2...  Selepas tamat pendaftaran dan bayaran passport, resitnya kena letak dekat bahagian penyerahan sebab sepatutnya passport yang dah siap boleh diserahkan dalam tempoh 1 jam. Dan banyak nombor yang dipanggil tidak ikut susunan..ada yang marah2 kerana nombornya tidak dipanggil... sambil cakap siau wa.... (sial)... aku rasa dia sendiri agaknya yang letak resit lambat...

Aku hanya berjaya mendapat passport pukul 6.40 petang...