Kenapa le aku jadi malas?

Sejak bertukar kerja ni… aku berasa malas semacam.. Macam malas segala-galanya. Malas ini perlu diubati.. tak boleh dibiarkan ni.. nanti jadi malas terus macam gambar mamat kat atas tu macam mana arr…

 

Kenapa aku tulis bab malas ni pulak? Adakah aku ni malas kat tempat yang  baru ni? Tidak juga! Ada sesuatu yang menghimpit jari ni dari malas untuk menekan butang keyboard.. Sebenarnya diri ni macam malas semacam nak mengemaskini semula blog BloggerRizman ni.. Sejak bertukar kerja ni lah, perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja menyemakkan kepala aku.. Walaupun sebelum ni aku pernah menghadapinya sebelum ni.. Tapi kalau dah malas tu… Huh.. Jadilah macam mamat kat atas tu…

 

Biasalah.. aku agak bengang juga cita-cita nak bekerja berkaitan safety… tapi nampak gayanya aku kena pendamkan dulu… Aku perlu mencari pengalaman.. tetapi aku masih malas dengan blog ni… Dah le blog ni tiap-tiap tahun nak kena bayar dengan Google, lepas tu mestilah tiap-tiap hari kena update.. tetapi dengan kemalasan ku ini… Argghhhh…!!!

 

Mau tak mau aku kena rajinkan diri semula untuk menulis, mencari idea apa yang nak ditulis (dalam kata hati..) Hai entah le weiiii…. Idea oh idea… mana aku nak cekau idea ni …. Lagi-lagi le dah nak raya ni…. mana nak dapat idea …

 

Aku rasa semua blogger pun sama macam aku juga kot?