Kecoh di pagi raya - Masjid Jamek Pasir Gudang

Di pagi hari raya yang aman dan damai di Pasir Gudang, aku berkesempatan melakukan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek, Pasir Gudang. Pada mulanya nak buat kat Taman Cendana, tetapi disebabkan masjidnya penuh dengan para jemaah, serta tempat parkir kereta pun penuh.. maka aku memilih Masjid Jamek Pasir Gudang.

Selepas selesai solat Hari Raya.. biasanya kita mesti dengar khutbah terlebih dahulu sebelun balik ke rumah..
Tengah khatib baru memulakan khutbah (dalam beberapa patah perkataan) tiba-tiba khutbah terhenti seketika. Di tengah-tengah di dalam masjid berlaku kekecohan di mana beberapa orang di dalam masjid menarik keluar seorang mamat ni keluar dari masjid. Mamat ni dalam bahasa yang aku tak paham menjerit seperti marahkan seseorang di dalam masjid. Kebetulan pulak aku ni bersolat di luar masjid maka aku dengan jelas nampak apa yang berlaku.

Yang menarik mamat ni keluar dari masjid ialah beberapa orang yang aku rasa warga asing.. mungkin Bangla atau Pakistan, sebab mamat yang menjerit tadi pun warga asing juga... khutbah diteruskan seperti biasa.. tetapi diluar masjid kekecohan tetap berlaku. Jemaah di luar masjid masih menyaksikan mamat ni terus menjerit dan cuba mahu masuk ke masjid, walaupun cuba ditenangkan oleh rakan-rakannya tadi. Dipendekkan cerita, sebelum mamat tu cuba nak berlari ke madjid, beberapa jemaah yang berdekatan cuba campur tangan dan akhirnya mamat itu dipukul oleh seorang dua jemaah tempatan. Mereka mahukan mamat ni segera dibawa keluar dari kawasan masjid... Sebenarnya aku tak dapat nak pastukan mamat ni dari negara mana... cuma aku ada terdengar dia cakap perkataan JANNATI beberapa kali.
Bila mamat ni dah dibawa keluar dari kawasan masjid, dia buat kekecohan di jalan pulak... tetapi kawan-kawan yang membawa mamat ni segera bawa dia ke tepi jalan, menuju ke tasik berdekatan dari mengganggu trafik.

Maka di pagi raya di Masjid Jamek Pasir Gudang dicemari dengan kejadian seperti ini... Bangang punya warga asing...! INGAT NEGARA NI SUKA HATI BAPAK KAU KE NAK MELEPASKAN PERASAAN? Kata beberapa jemaah tempatan. Aku yang mendengar khutbah ni pun jadi tak berapa nak menghayati khutbah kerana kejadian tadi.. Hai.. pagi raya 19 Ogos 2012 menjadi ingatan kepada aku...