Jual air ketum buat belanja raya….!!!!

Aku ni kadang-kadang agak sedih bila baru-baru ni, 2 orang remaja bawah umur telah ditangkap polis kerana menjual air ketum di bazar ramadhan. Alasannya senag sahaja.. Nak cari duit raya..

Masya Allah.. Memang sudah tak ada otak ke apa 2 ekor budak ni? Kalau setakat jual air katira RM1 pun untung.. Ni jual air ketum nak buat apa arr….?

 

Air macam ni le yang telah banyak merosakkan budak-budak remaja sama macam 2 ekor budak tu…

Anyway… aku bukannya nak komen dia jual apa… cuma sedihnya dia tak pikir duit hasil jualan tu kalaulah dibeli untuk kelengkapan hari raya.. maka aku rasa mereka pun takkan beraya.. Buktinya ialah mereka telah ditangkap.. maka beraya le dalam jail..

 

Apa katanya kalau mereka tidak dtangkap dan hasil daripada jualan air ketum tu lumayan, maka dibelinya kuih raya, baju baru, kasut baru.. Tak payah pergi jauh,kita ambil contohnya ialah kasut.. Sudah biasa aku dengar ramai yang hilang kasut ketika beraya… tetapi kebanyakan yang hilang kasut tu adalah hasil dari kasut curi..sendiri curi kasut, akhirnya kasut tu menghilangkan dirinya sendiri..

 

Maka untuk 2 ekor budak remaja itu tadi.. Tahniah.. Anda beraya di dalam Jail Polis.