Jengah-jengah le ke kubur!

Pada hari raya yang pertama, aku dan seluruh keluarga aku (sebelah ku) berkesempatan untuk menziarahi Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai di mana arwah ibuku disemadikan. Dah lama ibu meninggalkan kami sejak 3 tahun yang lalu. Sampai sahaja di sana, kami buatlah apa yang harus dilakukan ketika berada di perkuburan, seperti membersihkan tepian kubur, menegakkan semula batu nisan yang senget dan tidak lupa juga menghadiahkam surah Al-Fatihah dan surah Yassin kepada ibu..

Aku memerhatikan sekitar kawasan tanah perkuburan itu.. kawasan tanah perkuburan Cahaya Masai ini semakin hari semakin luas kerana pertambahan jenazah yang telah disemadikan di sini, mungkin juga sebab kawasan inilah kawasan perkuburan islam utama di Pasir Gudang.

Aku juga perhatikan ramai juga yang datang untuk menziarahi mereka yang sudah tiada lagi di dunia yang tidak akan kekal ni... mereka juga sama seperti aku, menghadiahkan apa yang sepatutnya kepada mereka yang sudah pergi.. tetapi aku juga sedih... ada juga kubur yang tidak dikunjungi...

Apa pun, kalau nak pergi ke kubur janganlah hanya pada hari raya je... sepatutnya lagi bagus kita lebih kerap pergi ke kubur pasal kita pun tak lama lagi akan ke dalam juga.... cuma kita tak tau bila tarikh kematian kita... sedekahkan lah Al Fatihah kepada setiap ahli kubur... Al Fatihah untuk mereka yang sudah tiada....