Jalinan Aidilfitri dengan Marhaban

Aku percaya ramai kawan2 di luar sana tau konsep marhaban atau pun kalau di Johor, orang panggil Bara,an. Aku juga kerap melibatkan diri dalam marhaban ni seawal Aidilfitri yang pertama, jika aku beraya di Batu Pahat, dan akan melibatkan diri pada hari-hari tertentu dalam bulan Syawal jika kembali ke Pasir Gudang. Marhaban di negeri Johor ni meriah... sampai 30 Syawal pun masih ada tempat yang masih ada marhaban ni.. pendek kata, ia akan menjadi acara wajib.

Kalau di Batu Pahat, bara,annya adalah dari selepas solat sunat Aidilfitri sampai le ke petang dan kalau di pihak sebelah lelaki yang membuat bara,an.. mereka akan menghabiskan bara,an pada hari yang sama kerana dalam kampung yang sama. Maknanya besok dah boleh buat aktiviti ziarah di kampung yang lain pula..

Yang paling suka pada hari marhaban atau bara,an ni dah tentulah kanak-kanak. Sebab dapat duit raya dan siap dapat makan lagi pada setiap rumah ysng dikunjunginya.. katakan dalam kampung tu ada 100 buah rumah. Duit raya purata akan memberi RM5. Maka setiap orang akan mendapat RM500. Suka le budak-budak tu..

Dan biasanya setiap rumah yang dikunjungi akan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang dalam bara,an tadi.. Ada yang menjamu tetamu dengan ketupat tradisional, rendang dan tak lupa juga sate... air longan, air buah naga atau pun kopi power root pun ada... tu sampai kembung perut sebab lepas marhaban, makan....

Walau bagaimanapun, Syawal tahun ni saya tak join marhaban di kampung kerana 1st day saya ialah beraya dengan ayah di Pasir Gudang.. sampai di Batu Pahat pada hari yang sama, abang ipar saya kata... jom bara,an.. ada 10 rumah lagi tak pergi lagi...