Hari Raya untuk berebut tanah pusaka!

Kisah sedih kawan baik saya, apabila mereka adik beradik balik beraya bukannya untuk berbaik, sebaliknya untuk berebut harta pusaka..

Saya sempat berjumpa kawan aku ni ketika aku ambik angin sekejap di Carrefour Batu Pahat... dekat dengan KFC. Aku bagi nama dia ji Jeff le... Nama panjangnya tak payah aku nak cerita kat sini... Jeff dah lama sebenarnya duduk kat Batu Pahat, dekat Taman Soga.. Semalam dia beraya di kampungnya di Muar. Aku bertanya le pada si Jeff ni kenapa beraya kat kampung sehari je...

"Aku sebenarnya bosanlah duduk kar rumah tu lama-lama.. Adik beradik aku balik bukannya nak minta maaf kat ibu, tetapi sibuk bertanya pulak pasal hal tanah pusaka 10 ekar kat kampung".. jelas Jeff pada aku.

"Kenapa adik beradik kau sibuk pasal hal tanah pulak...? Bukannya ayah kau masih hidup lagi..." soalan aku pada Jeff.

"Memang le ayah aku tu hidup lagi... tetapi setahun yang lepas ayah aku dah kena angin ahmar. Tak boleh dah nak bercakap dan makan minum, baju pakai dan mandinya hanya ibu dan adik bongsu aku yang uruskan." sambung Jeff lagi.

Yang mengecewakan Jeff, sejak ayahnya terlantar sakit, jarang2 abangnya yang nombor dua dan yang nombor 3 pulang ke kampung. Kakaknya yang sulung pun kadang-kadang je pulang jika dia tidak bekerja atau jika abang iparnya bercuti. Tetapi yang lebih mengecewakan Jeff ialah abang nombor 2 mula sibuk bertanya pada mak. Dia mahukan tanah 5 ekar tu dibahagikan kepada semua adik beradik secepat yang mungkin. Kononnya takut jika ada apa berlaku kat ayahnya, maka tanah itu sudahpun berpunya.

Kata Jeff lagi.. semalam adalah kemuncaknya apabila abangnya yang nombor 2 dan nombor 3 memaksa mak menyegerakan pertukaran nama tanah 5 ekar tu.. tetapi mak tidak bersetuju, kerana dia tau anaknya yang berdua tu sebenarnya nak tanah sangat sebab dia nak jual tanah tu kat usahawan cina, untuk membuat tapak burung walid. Kemuncaknya mak tetap tak bersetuju dan abang nombor 2 memarahi mak sambil menumbuk dinding rumah. Jeff memberitahu pada semua adik beradiknya bahawa tanah tersebut sepatutnya mesti kekal dalam genggaman keluarganya dan jika abangnya cuba merampas tanah tersebut untuk dijual, dia akan putus hubungan adik beradik dan Jeff nak bawa kes ni ke mahkamah. Tetapi Jeff meliha abangnya tetap berkeras juga dan cuba mahu memujuk mak supaya tanah tu mesti ditukar nama.

Petang tu juga Jeff terus blah dari kampung... begitu juga dengan kakaknya kerana tidak bersetuju dengan tingkah laku adik-adiknya... Aku berpesan dengan Jeff supaya bersabar dengan dugaan yang menimpanya seawal hari pertama beraya dan jangan lost contact dengan kakak serta adik bongsunya untuk memantau kes tersebut dan sesekali jenguk le mak tu kat kampung..

Ni le orang melayu kita.... ada tanah mau jual,,, tak de tanah sibuk da nak beli... ada duit tak mau simpan.. orang tua sendiri tak nak hormat... lama-lama apa pun tak dapat...