Hapuskan Bashar Al-Assad

Bashar Assad

Sedar atau tidak, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Syria masih lagi dalam suasana perang. Peperangan di antara rakyat Syria sendiri terhadap pemimpin yang muka sahaja hensem, tetapi hati macam iblis. Siapa lagi kalau tidak si hati kuman Bashar Al Assad.

 

Sejak revolusi Asia Barat ni… Syria adalah antara negara yang dipimpin secara radikal dan autokratik. Tentera adalah senjata utama Bashar Al Assad bagi mengekalkan kuasa… Kuasa kepimpinan Syria si Bashar perolehi selepas kematian bapanya yang juga sebelum itu ialah Presiden Syria.

 

Agak sedih juga kerana Bashar masih membunuh walaupun di bulan Ramadhan. Sanggup dia menggunakan balaci-balaci yang ada menyerang orang yang sedang berterawih di masjid. Memang benar kata-kata kawan-kawan, orang Arab akan membunuh bangsanya

sendiri untuk cuba kekal di atas. Rakyat akan dibunuh sekiranya membantah dan inilah bangsa Arab yang ada di muka bumi ini. Masih tidak berubah. ( Sebab Arab sendiri pun berpecah kepada beberapa kabilah )

 

Untitled

“Ya Allah ya Tuhanku… Selamatkanlah orang yang seagama denganku.. Lindungilah mereka dan berikan kekuatan kepada mereka Ya Allah dari kekejaman Bashar Al Assad…”

 

Ramai yang mengharapkan tak lama lagi Bashar Al Assad akan tumbang di tangan rakyatnya sendiri. Tetapi bila…? Kita di sini hanya mampu ‘Wait and See!!”

 

Bashar Al Assad barangkali sudah lupa dunia ini hanya pinjaman sahaja… Salah tadbir… tanggung sendiri akibatnya nanti…