Duit Raya

Duit raya... ia sudah menjadi satu kemestian dalam sambutan Aidilfitri di Malaysia ni.. negara2 lain aku tak tau sama ada budaya duit raya ni ada atau tidak.. so kita cerita dalam Malaysia sahaja.

Konsep duit raya ni, sebagai menyambut hari kemenangan kita digalakkan bersedekah.. maka duit raya ni dikira sebagai sedekah juga... tapikan sedekah kita ni diberi kepada tetamu yang biasanya budak2 yang datang beraya ke rumah kita...

BERAPA KITA NAK BAGI DUIT RAYA KITA?

Budak2 ni kalau bab duit raya sekarang berkira... kalau 20 tahun lepas, 50 sen pun dah cukup.. tapi sekarang ni kalau bagi 50 sen hampas budak2 ni tak pandang.. siap pakat lagi dengan kengkawan yang lain jangan datang ke rumah si polan tu kerana kedekut... hek ek.. 50 sen je.....
Bagi yang berkemampuan, paling tinggi duit raya yang diterima oleh budak2 collection ialah RM50.. Itu yang mampu le  tapi biasanya kalau dia buat rumah terbuka pada hari raya pertama atau kedua.. contohnya YB, PM atau pun yang berkedudukan tinggi dalam organisasi kerajaan atau swasta..
Bagi yang kurang mampu, bagi je RM1 kat budak2 tu... nak lagi berat, tambah je 50 sen dalam sampul duit raya tu... budak2 ni bukan tengok pun masa kita bagi...  diaorang tengok lepas keluar dari rumah.

Apa pun, bergantunglah kepada kemampuan jika budak2 tu datang ke rumah... jangan lupa jamu mereka dengan kuih raya..  itu lebih Afdal bak kata Datuk Shafie Afdal..

OK.... kepada budak2 pulak.. bersyukurlah bila terima duit raya... jangan le berkira sangat.