Bila beraya nak menunjuk gelang di tangan.

"Semalam aku harus mengaku yang aku memang tak sempat nak update apa2 kat dalam bloggerizman ni sebab semalam aku on the way ke Johor Bahru. Kononnya nak pergi buat passport baru... cerita pasal buat passport ni nanti aku tulis pada post yang lain.. ni aku nak cerita bila aku singgah di hentian plus arah selatan, Kulai.

Aku bertemu dengan member lama yang agak lama tak jumpa, lepas dia berhenti dari tempat aku bekerja sekarang. Ada le dalam 4 tahun aku tak jumpa dia...  member lama aku ni... cukuplah aku bagi nama pendek dia je.. Sham namanya...
Sham memberitahu yang dia on the way nak bawa isteri dan anaknya ke Gelang Patah, nak berjumpa dengan sepupu sebelah isterinya.. mereka menunggu di dalam kereta Toyota Estima milik Sham.

"Wah.. besar keta kau pakai.. kerja apa skg ni bro?" tanya aku pada Sham.

Aku kerja dengan mentua aku le.. laki bini kerja dengan dia.. bapak mentua aku tu kontraktor... keta yang kau tengok tu bukannya aku punya... tu keta bapak mentua tu.. but he not follow me together..., jelas Sham pada aku.

Tengah2 berbual, pintu kereta Toyota Estima tadi pun terbuka.. maka keluarlah seorang perempuan yang agak lanjut umur menuju ke tandas gamaknya...

"Cakap tadi bapak kau tak ikut, maknya ada pulak?" tanya aku pada Sham.

Mak aku ada... dia memang suka kalau berjalan dalam hari raya ni.... cuma ada satu benda je yang aku tak gemar time dia ni ikut aku...

Apa dia Sham...?

"Kau perasan tak tadi masa mak aku tu lalu... kau ada tengok kat tangan dia tu ada ape", tanya Sham pada aku.

"entah, aku tak perasan apa pun?" aku menjawab Sham.

"Kau tunggu dan lihat", Sham menyuruh aku menunggu.

Dalam 3 minit kemudian, mak mentuanya pun keluar dari tandas dan sedang menuju ke kereta.. sambil berjalan tu, tangannya diangkat ke atas, maka aku melihat ada lebih kurang 5 atau 6 gelang emas melekap di tangannya.

"Aku nampak gelang emas je... tak ada pun." aku selamba menjawab Sham.

"Tu le kau tak tau... aku naik rimas tengok gelang emas tu... itu belum lagi kalau pergi beraya kat rumah sedara mara, dia sinsingkan lengan, bersalaman dengan tunjuk koleksi gelang", Sham memperjelaskan lagi pada aku.

"Kau atau isteri tak nasihatkan emak kau tu jangan nak menunjuk sangat", buat buat satu hari nanti kena ragut amacam?" kata aku.

"dah malas aku nak nasihatkan, aku suruh bini aku monitor je sebab mak aku tu tak makan nasihat...., kena rompak pun lagi bagus... dah bapak mentua aku sendiri pun dah malas nak nasihatkan emak aku tu, ini pulakan aku... degil mak aku tu... suka beno tunjuk apa emas yang ada... aku pesan kat bapak aku dah... jangan beli lagi.. " kata Sham lagi.

"Pesan kat mak kau tu dunia ni sementara je.. bila bila masa Allah nak tarik balik, Dia akan tarik..." senda aku pada Sham lepas Sham meminta diri untuk beransur bergerak ke Gelang Patah.

Kepada para makcik yang sayangkan keluarga dan nyawa, aku suka berpesan kat sini kalau nak beraya tu tak payah le nak menunjuk sangat barang perhiasan yang ada kat badan tu.. Tuhan tak suka pada orang yang suka menunjuk nunjuk kerana emas tu pun bukannya kekal selama-lamanya jadi milik makcik. Apa akibatnya bila terlalu menunjuk nunjuk gelang emas bila berjalan di hari raya ni?

Jawapanya senang je, kita mungkin akan menjadi bahan kemarahan kepada tetamu atau tuan rumah yang kita kunjung, sebab dia orang tak mampu pun nak beli banyak emas... satu lagi kita juga akan mengundang perompak ysng nak emas tu.. perompak apa kira kalau dia nak.... Beringatlah bila beraya ni... simpan je emas banyak2 kat dalam peti besi...