Bagaimana nak beraya kalau masih bergolak?

Hari ni dah 29 Ramadan dan hari ini juga dijangka hari terakhir kita akan berpuasa. Tunggu sahala le pengumuman raya kat TV malam ni. Masa cepat berlalu dan aku pasti ramai yang bersedih kerana bulan Ramadan yang penuh keberkatan, amal ibadat yang menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda akan meninggalkan kita.. Dan Syawal pun menjelma.

 

Tetapi aku terfikir semula, bila menonton berita kat TV, berita yang paling menyedihkan ialah 90 orang terbunuh di Iraq kerana dibom, manakala Syria masih lagi dengan siri serangan tenteranya yang membunuh ramai rakyatnya sendiri. Selain dua negara

yang disebutkan ni… negara seperti Pakistan, Afghanistan juga masih tidak aman-aman sampai sekarang. Iran pun baru-baru ni dikejutkan dengan gempa bumi. Manakala kalau cakap pasal Palestin, sampai bila-bila pun takkan abis. Rakyatnya masih menderita sampai sekarang dek kerana sekatan dari anjing-anjing Zionis.

 

Kita kat Malaysia ni sepatutnya kena bersyukur kerana kita masih mampu menyambut Aidilfitri dengan keadaan aman dan damai, senang boleh berjumpa dengan sanak saudara serta sahabat handai. Allah SWT masih memberi peluang kepada kita untuk menyambut perayaan yang gemilang ni..

 

Kalau kita tengok semula kebanyakan negara Islam yang bergolak, mereka tetap akan merayakan Aidilfitri dengan keadaan ketakutan dan bergolak. Nak berjalan sana sini, nanti kena bunuh pulak..

 

Kita di Malaysia ni harus mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.. Ingat tu..!!!