Nota pendek buat Zarina Anjoulie Lavocah

Nota pendek ini khas ditujukan kepada pelakon yang tak berapa sensasi tentang lakonannya, tetapi terlalu sensasi dengan kontroversinya.

Wahai Zarina, kamu masih muda lagi, untuk meningkatkan populariti di dunia hiburan yang sementara itu, kan lebih bagus kita meningkatkan mutu lakonan dan kerja kita di set, daripada cerita sensasi yang bukan-bukan di luar sana..

Nah… kamu lihatlah apa sahaja cerita kamu di blog-blog bebas dan blog hiburan? Semuanya cerita pasal keseksian kamu bila bergambar.. Dan kamu terlalu berani

tak bertempat.. Bagi penulis hiburan blog tempatan, kealpaan Zarina membawa padah! Banyak blog menghentam kamu kerana keseksian kamu yang terlalu luar biasa.

Zarina Seksi Habis Di Indon!

 

Zarina, kamu ni tinggal di Malaysia di mana negara ni bebas mengamalkan apa sahaja bentuk tulisan yang boleh menjatuhkan seseorang, tidak terkecuali ialah kamu. Mereka bebas menulis apa sahaja termasuk fitnah. Sudahkah kamu lupa ‘seksi’ juga merupakan fitnah? Malaysia juga ada ramai peminat yang sensitif terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum. Maka mereka akan segera mengatakan perbuatan kamu adalah terang-terangan tidak elok dan tidak molek.

 

Dan kamu lihat, setiap hari ada sahaja cerita yang tak bagus yang dipaparkan di blog hiburan tak pun blog personal, maka apa yang kamu boleh buat?

Adalah lebih baik Zarina bertindak dengan mengurangkan apa yang perlu, ini semua untuk menutup segala cerita-cerita yang tidak enak dibaca oleh peminat industri hiburan tanahair. Dan kurang-kurangkanlah seksi anda itu.. Berapa ramai orang yang tak tahan tengok gambar body awak yang tak seberapa itu.. Dunia nak dikejar… tapi hari pembalasan nanti kena ingat juga…!!!