Kelayakan ke Piala AFC 2013. Siapa yang lebih berhak?

Seperti sedia maklum, pasukan Kelantan telah pun dinobatkan sekali lagi sebagai juara Liga Super untuk musim 2012, dan mempertahankan kejuaraan yang sama pada musim 2011. Sebelum ini, Kelantan sudah pun memegang Piala FA 2012. Hmm kali ni kita tengok sama ada Kelantan boleh merampas Piala Malaysia 2012 daripada Negeri Sembilan sebagai pasukan yang mempertahankan kejuaraan.

 

Tapi sebenarnya saya bukanlah nak tulis pasal cerita Kelantan menang Liga Super Malaysia, tetapi kita cuba pergi lebih jauh sedikit daripada domestik, iaitu Piala AFC. Kelantan pun masih lagi dalam perjuangannya untuk melangkah lebih jauh lagi dalam Piala AFC, di mana hanya Kelantan sahaja mewakili Malaysia dalam pertandingan ini.

Kita sudah sedia maklum dengan Persatuan Bolasepak Malaysia kita ni (FAM) yang suka mengambil keputusan yang tak pernah jitu.. Selalu sahaja flip flop. Untuk musim hadapan, bagaimana cabaran kelab/pasukan Malaysia dalam Piala AFC 2013? Siapa yang lebih layak untuk mewakili Malaysia dalam cabaran Piala AFC 2013 tahun depan?

 

Kita akan tengok sama ada FAM akan membuat keputusan yang betul atau sebaliknya…

 

Dalam pertandingan Liga Super 2012, Kelantan sah menjadi juara maka secara automatiknya Kelantan layak untuk beraksi dalam Piala AFC. Tetapi pada masa yang sama, Kelantan juga sudah memenangi Piala FA mengalahkan Sime Darby FC. Kebiasaannya, juara Piala FA layak ke Piala AFC dan setakat ini, Malaysia hanya mempunyai 2 kuota sahaja dalam Piala AFC.

 

Kalau diikutkan congakan, sebenarnya pada firasat saya, Sime Darby FC lebih berpeluang untuk mewakili Malaysia sebagai naib juara Piala FA 2012 untuk beraksi dalam Piala AFC 2013. Tetapi dengan Sime Darby FC yang masih beraksi di Liga Perdana untuk musim hadapan, adakah FAM akan memberi peluang kepada Sime Darby FC untuk beraksi ke Piala AFC tahun depan?

 

Kita tengok di Liga Super pula, kelab daripada Singapura Lions XII, antara kelab yang menyebabkan kebanyakan pasukan terduduk, kini berada di tempat ke dua liga dan jika Perak atau Selangor gagal memintas, confirm Lions XII akan menjadi naib juara. Persoalannya ialah adakah FAM akan memberi Lions XII mewakili Liga Malaysia beraksi di dalam Piala AFC. Secara teknikalnya Lions XII bukan berasal dari kelab Malaysia tetapi disebabkan mereka beraksi di Malaysia maka mereka juga sebenarnya berhak beraksi di Piala AFC.

 

Maka di sini, siapa yang berhak? Sime Darby atau Lions XII?