Apabila penulis blog pun lebih ego dari biasa…!!!

Zaman dah berubah… gaya penulisan sudah berubah… genre sudah berubah… cerita penulisan dah berubah… dan macam-macam lagi gaya lagi penulisan. Sesuai dengan peredaran masa sekarang…

Dan pada awalnya bila saya terjebak dalam blogger, saya dikejutkan dengan beberapa tindakan penulis blog yang menghentam sesama mereka tentang isu plagiat. Isu plagiat ini ialah isu di mana penulis blog yang menulis artikel yang asal mendapati yang artikel tersebut telah disiarkan di blog yang lain tanpa mendapat kebenaran dahulu, atau pun diberi kredit..


Maka ketika zaman kegemilangan GengBlogger, maka di GengBlogger (dan juga twitter) menjadi perang besar di antara blog otai dan penulis blog baru, sampai ada penulis blog baru terus ‘tutup’ buku. Ada juga penulis blog baru mempertikaikan tindakan blog-blog otai

kenapa mereka sesuka hati dan sesedap rasa menghentam dan menghina mereka di twitter atau pun di GengBlogger.

 

Pada saya sebenarnya blog otai dan blog baru tiada konsep “win-win” situation. Masing-masing dengan egonya sendiri. Ketika saya kerap mengunjungi GengBlogger dulu, keegoan blog-blog yang dikatakan otai tu berlebihan. Tetapi langsung tak mau nak ngajar blog-blog baru… Maklum le.. orang lama… Dan blog baru pula tidak tahu pulak sebenarnya tindakan plagiat blog yang lain tanpa memberitahu tuan tanah sebenarnya adalah salah. Tetapi mereka baru belajar, baru je nak kenal dengan blog-blog ni.. tapi otai-otai tak mahu nak beritahu tentang apa itu etika blog…

 

Untuk hari ni, apa yang sudah lepas tu, kita tak perlu nak ingat lagi.. cukuplah sebagai pengajaran dan untuk penulis blog muda yang baru nak idup, hormatilah blog-blog otai ni.. kalau boleh tanya dulu diaorang ni apa-apa pun, contohnya macam mana nak tambah trafik, tambah peminat, dan kekal sebagai blog yang dominant. Dan kepada blog otai pula.. Jangan le sombong sangat…!!!