Segmen kenali bandar di Malaysia. Pekan Masai yang semakin maju dan ‘sempit’

image
Masai, dahulunya sebuah pekan yang sering menjadi tumpuan penduduk di sekitar kampung-kampung yang berdekatan dan juga penduduk di sekitar Pasir Gudang untuk membeli belah dan pergi ke pasar. Selain itu, untuk ke Johor Bahru, ada sebuah terminal bas disediakan untuk kemudahan penduduk sekitar.

Sekitar tahun 1990 an, jika ada buat konsert rock kapak membabitkan artis ternama macam Lefthanded ke, Wings ke, Search, Gersang, Junction atau XPDC, terdapat sebuah tapak ekspo yang digunakan untuk tujuan tersebut ( Sekarang dah tak ada tapak ekspo tu..)


Pekan Masai selepas tahun 2000 seakan-akan tenggelam, apabila di sekitar taman perumahan yang baru di bina juga menggunakan perkataan ‘Masai’ tetapi lokasinya terlalu jauh daripada Masai sendiri (Taman Kota Masai dan Taman Cahaya Masai terletak di Pasir Gudang). Bandar Seri Alam, sebuah lagi projek mega yang dibangunkan juga telah menenggelamkan kemasyhuran Masai sebagai sebuah pekan elit.

Sekarang, kalau anda berjalan-jalan ke pekan Masai, ia adalah sebuah pekan yang sibuk kerana Masai boleh dihubungkan dengan link ke Taman Bukit Dahlia, Taman Scientex, Taman Rinting, Plentong dan Bandar Seri Alam. Sesetengah penduduk di Bandar Seri Alam atau Taman Rinting jika ada yang balik bekerja dan mahu mengelak dari melalui Lebuhraya Pasir Gudang, mereka akan melalui jalan J10 (Jalan Masai Lama) di mana pekan Masai mesti kena lalu. Itu yang menampakkan pekan Masai macam sibuk.

Sedikit sinopsis berkenaan dengan Masai:

Jumlah penduduk : Di anggarkan seramai 20 000 orang, jika di ambil kira penduduk sekitar Taman Rinting, Kampung Pertanian, Taman Bunga Raya dan beberapa kumpulan kecil yang buat rumah kat Masai

Bank yang ada kat Masai : Hong Leong Bank

Tempat yang biasa menjadi tumpuan : Kedai spare part kereta, sebab spare part murah kat sini
KIP MART Masai dan KIP MART Home. TESCO dan TODAY tidak di ambil kira sebab consider kawasan Bandar Seri Alam

Keselamatan : Ada sebuah Balai Polis di sini.

Hotel : Hotel Budget… tak ada Hotel 2 atau 3 bintang.. senang cari tetapi ada masalah sikit bila anda check in sebelah malam. Elakkan pelacur….

Kawasan Industri : Tiada

Sekolah : Ada sebuah sekolah menengah (Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur)
                 Ada juga sebuah sekolah rendah, sekolah tamil dan sekolah cina

Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur, Masai




Hotel Masai kategori rumah tumpangan, senang nak cari…


Klinik Kesihatan Masai


KIP MART Masai


HONG LEONG Bank Masai.. Ada 2 buah Hong Leong Bank, satu lagi ialah dekat sebelah LENO (diambil alih daripada EON Bank)


Stesen Bas Masai

Gambar dan maklumat diberi kredit kepada http:// masaipedia.blogspot.com
Terus terang saya katakan yang saya biasa ke Masai, cuma malas nak bergambar kat Pekan Masai… Thanks Masai Pedia