Runtuhnya Astaka di Jertih, Terengganu

Sebuah Astaka yang masih di dalam pembinaan di Jertih, Terengganu tiba-tiba sahaja telah runtuh menyebabkan beberapa pekerja yang mengendalikan pembinaan Astaka tersebut mengalami kecederaan. Dan dengan ini, confirm le lepas ni majikan atau kontraktor yang terlibat secara langsung dengan pembinaan ini akan dipanggil oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) untuk disoal siasat dalam kejadian Astaka runtuh ni.. selain kena menjawab lagi dengan pihak polis.

 

 

 

Jika kita perhatikan semula gambar-gambar di atas, sebenarnya saya tidak jelas di sini astaka tersebut dibuat daripada konkrit ke atau pun 100% binaan kayu? Dan bagaimana dengan mudahnya astaka itu boleh rebah dalam sekelip mata walaupun dikatakan 50% pembinaannya? Musykil juga ni…

Dan dia punya scalfolding pun pakai kayu juga ke?

Apa pun si kontraktor ni akan “lunyai” le dibelasah dengan soalan-soalan yang akan dikemukan oleh pihak DOSH… (kerana sudah ada berlakunya kecederaan pada pekerjanya, maka kontraktor ni kira sudah melanggar seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994). Nampak sangat kontraktor ni tak menemui hazard-hazard (perkara-perkara atau potensi yang bakal mengundang kecederaan dan kematian) atau memang kontraktor ni jenis pakai siap je…

 

Dan bagi pihak yang meluluskan projek astaka ni? Apa cerita ni? Macam mana kau orang pilih kontraktor haaa.. Kontraktor cap ayam ke ape..?