Pengemis di jalanan : Kita terlalu pemurah

Pemandangan seperti di atas sudah menjadi biasa… Di mana-mana pasar malam pun, tatkala ramai orang sedang sibuk dengan urusan jual beli, tetapi kita pasti akan bertemu dengan mereka ini.

 

Seingat saya pada sekitar tahun 1990 an ketika itu, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak polis dan pihak berkuasa tempatan ada menangkap pengemis-pengemis ini ketika berkeliaran meminta sedekah daripada orang ramai. Masa itu, warga tempatan yang ramai menjadi pengemis dan JKM dengan sedaya upaya cuba mendapatkan pekerjaan untuk pengemis ni tadi…

 

 

Tetapi jumlah pengemis semakin hari semakin bertambah dan golongan gelandangan juga semakin banyak dijumpai di tepi-tepi jalan sekitar bandaraya. Diburukkan lagi dengan pengemis dari warga PATI, maka penegmis-pengemis tempatan mempunyai saingan dari warga PATI untuk mendapatkan belas ihsan dari orang ramai.

 

Persoalannya, kenapa kes dan pertambahan pengemis ini seolah-olah tiada kesudahannya?

Jawapannya senang sahaja : Kita orang Malaysia terlalu pemurah. Kalau pengemis yang sedang mendukung anak kita bagi le RM1 ke atau pun RM2, tetapi kepada orang buta yang sedang main muzik dan menjual tisu di pasar malam, langsung tak nak bagi… Kenapa arr?

 

Sejak saya tahu pengemis-pengemis ini didalangi oleh sindiket, saya dah terus menyampah tengok pengemis ini.. Dibuktikan lagi dengan pengalaman saya dan rakan saya bila memberi sedekah ikhlas kepada pengemis. Bila dia datang kat kita dengan muka sedih dan berbau hapak, kawan saya itu bagi le sampai RM10 dan saya bagi RM2. Tau tak apa yang berlaku lepas tu…?

 

2 jam kemudian, apabila kami melalui MarryBrown, saya ternampak wajah seseorang yang persis ‘sebijik’ macam penegmis yang kami bagi duit tadi… Tengah makan dalam MarryBrown tuu… pakaian dia pun dah siap tukar… Nampak kami sengih-sengih taik anjing.

 

Sejak hari itu, saya dah tak percaya kepada pengemis. Kan dulu ada satu kes kat Selnagor, kerjanya mengemis sahaja, tetapi rupa-rupanya dia hidup mewah dengan mengemis.. Ada sebijik banglo lagi..

 

Dipendekkan cerita.. berhati-hatilah bila menderma atau bersedekah. Berikan derma anda kepada institusi atau pun masjid…. Tak guna bagi kat pengemis ni sebab kita akan ‘menambahkan’ lagi bilangan mereka.. Pengemis yang tidak diundang…