Mari singgah ke Ayer Hitam

<KENOX S760  / Samsung S760>

 

Gambar di atas ialah salah sebuah stesen minyak yang ada di pekan Ayer Hitam, Johor. Hari ni tangan saya macam gatal nak menulis berkenaan dengan pekan Ayer Hitam ni, sebab Ayer Hitam ni mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

 

Saya sendiri akan singgah ke Ayer Hitam untuk membeli beberapa barangan perhiasan yang boleh dipasang atau diletakkan di ruang tamu. Ayer Hitam, yang terletak di antara jalan ke bandar Kluang, Yong Peng dan Batu Pahat ini sebenarnya adalah sebuah pekan yang dikenali sebagai pekan ‘souvenirs’ atau pekan cenderahati, sebab pelbagai barangan perhiasan rumah,

barangan perkahwinan, barangan permainan dan cenderahati boleh dibeli di sini. Kebiasaannya pekan Ayer Hitam begitu sibuk pada hari hujung minggu terutamanya pada hari Sabtu. Kebanyakan orang datang ke Ayer Hitam ni sebab pertamanya, jika anda bakal menjadi pengantin baru, di Ayer Hitam ni sebenarnya banyak kedai-kedai yang menjual perhiasan untuk digunakan masa persandingan, khasnya untuk mempelai-mempelai melayu. Macam-macam ada di sini.

 

<KENOX S760  / Samsung S760>

Bunga kertas dan replika antara yang paling banyak dijual di Ayer Hitam

 

<KENOX S760  / Samsung S760>

Perhiasan dinding dan perhiasan siling rumah senang diperolehi di sini.

<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>

 

Ya… bermacam macam barangan dan kedai-kedai yang menjual pelbagai alat perhiasan rumah, seperti tulisan khat/ ayat Al Quran, lampu rumah, patung kayu, karpet  dan macam macam lagi le… Jika anda memang suka pada aksesori dalaman rumah, Ayer Hitam ni adalah tempat yang paling bagus untuk benda-benda tu semua…

 

Ada beberapa  buah kedai yang dulunya adalah restoran sudahpun menukar bentuk perniagaan mereka kepada kedai cenderamata.. sebab bisnes ni yang bagus agaknya..

 

<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>

Dulunya restoran, kini menjadi re-storevenirs…!!!!!!

 

 

<KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760><KENOX S760  / Samsung S760>

 

Gerai buah tu bukannya jual cenderamata ok… tu jual buah…!!!

Jika anda ke Johor Bahru, jangan le lupa singgah ke Ayer Hitam..  Bawalah duit banyak sikit…!