KSL City yang membosankan….


Petang semalam, saya bekesempatan untuk pergi ke Malaysia IT Fair di KSL City, Johor Bahru… Malaysia IT Fair ni bermula pada hari semalam. Apa yang saya mahu tulis kat sini ialah Malaysia IT Fair yang dibuat di KSL City ini benar-benar menyemakkan kepala pada sesiapa yang dah mengunjungi IT Fair di KSL ni…. dan macam saya yang baru kali pertama masuk ke KSL ni… lagi semak kepala bila nak cari surau pun payah bebenar….!!!


http://jbcool.com/wp-content/uploads/2011/01/KSL-City-11.jpg
KSL City ni terletak di Taman Century, Johor Bahru dan tidak jauh daripada Holiday Plaza dan hotel-hotel yang berdekatan seperti New York Hotel, Grand Paragon Hotel dan Hotel Selesa. Nak masuk ke tempat parking kereta, KSL menggunakan kad Touch N Go atau pun tekan je mesin parking tu… keluar le kad keras… kemudian bayar kat mesin autopay.

Berbalik pada Malaysian IT Fair tadi… bermacam-macam perkakasan komputer dijual dengan harga yang rendah sedikit daripada biasa… Majoriti boots yang mengambil bahagian ialah menjual laptops atau pun Notebooks… rata-rata yang saya nampak, benda ni ajelah yang banyak selain dari thumbdrive, soundsystem, MP3 IPOD, Desktop, keyboard dan macam-macam le…

Gambar di atas saya ambik dari forum Lowyat… Semalam boot Kaspersky memang penuh, tetapi perempuan cun tu yang dah tak de kat tempat dia…

Sebenarnya saya datang ke IT Fair tu nak beli Modem TP Link je, sebab modem sebelum ni habis kena surge current di panah petir. Bila saya singgah di salah sebuah boots tu… dia orang jual harga modem tu sebanyak RM99. Bila singgah boots yang lain pula, dengan model yang sama dijual sebanyak RM69… Hmmm lebih baik aku beli yang RM69.00. Jimat RM30 tuu…

Tetapi yang saya benci bila lalu boots yang mempromosi telekomunikasa macam CELCOM, P1 MAX, U MOBILE, UNIFI dan MAXIS. Semak kepala bila semakin ramai gadis-gadis cun yang mempromosikan produk masing-masing kepada saya dan beberapa lagi pengunjung yang lalu di tempat yang sama, woi rabak mata …

Tetapi yang amat mengecewakan saya ialah bila nak keluar dari IT Fair tu… adalah mamat kat pintu masuk tu suruh pergi keluar ikut pintu yang satu lagi.. Siap pegang piket ‘NO ENTRY’ lagi… Pulak tu nak cari pintu yang satu lagi tu.. kena memusing satu EXPO pulak tu..

Dan terus terang saya katakan, KSL dan City Square ni sama je…. cari surau pun payah..!!!

Bagi sesiapa yang belum pergi ke IT Fair ni…. ada masa 2 hari lagi..  Sila-silakan pergi dan anda akan seronok kerana terpaksa mengelilingi satu ekspo, walaupun nak beli 2 barang je…