Keunggulan Mee Maggie

Mee Maggi “Sedap di masak, enak di makan”…. Itulah dia punya cogankata yang saya masih ingat daripada awal saya sekolah dulu sampai le sekarang ni.. masih lagi makan maggi. Memang sudah tidak dinafikan lagi mee maggi keluaran Nestle ni “berhantu”. Ramai yang masih memilih Maggi sebagai makanan pilihan untuk mengenyangkan perut mereka secara cepat dan murah!

Maggi menjadi pilihan bagi mereka yang:-

a.) Bila hujung bulan, duit tak cukup nak beli makanan yang mahal, oleh itu, Maggi adalah pilihan yang bijak.

b.) Mereka yang kena bisness trip ke Jepun, Vietnam ataupun Korea Selatan kerana makanan halal agak susah dijumpai di negara-negara yang disebutkan tadi.. Maka Maggi akan dibawa bersama dan dimasukkan ke dalam bagasi.

c.) Bagi pelajar-pelajar sekolah yang kena tinggal di asrama putera / puteri, Maggi menjadi pilihan untuk mengalas perut di waktu malam, biasanya dalam pukul 11 malam dan ke atas. Sebab lepas makan malam dan belajar, perut masih lapar pada masa tu, maka Maggi lah menjadi pilihan dengan memasaknya guna air panas satu baldi.

d.) Tidak ketinggalan juga, pelajar di Universiti yang terpaksa menyewa di luar kampus, kalau hujung bulan duit dah kempis, confirm Maggi yang anda beli, betul tak?

e.) Ada sesetengah rakyat di negara ini yang berpendapatan rendah, boleh dikatakan setiap hari makan Maggi.

 

Walaupun ada beberapa artikel atau penulisan yang lain ada menulis tentang bahayanya kalau makan mee Maggi ni setiap hari, tetapi rakyat Malaysia tetap memilih Maggi untuk dibeli setiap hujung bulan. Tak percaya cuba pergi ke mana-mana pasaraya (pergi pada hujung bulan je…), tengok dekat troli. Confirm ada mee Maggi punya le…

 

Walaupun ada juga jenama lain seperti Mamee, Mee Sedap, Cintan, Adabi dan apa apa je jenama mee segera, ramai rakyat Malaysia menyebut Maggi juga… (bukannya Mee Segera).. Bila tengok dia beli Mamee, dia tetap juga cakap Maggi.. Masak Maggi pakai Mamee….

 

Apa pun jenama Maggi di Malaysia ni sudah melekat terus di jiwa hati rakyat Malaysia..

Bravo le Maggi….!!!!