Terengganu, Kedah gagal ke Final Piala FA

Seperti yang saya sudah jangkakan, pasukan favourite saya iaitu Terengganu sudah gagal untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk musim kali ini. Terengganu malam tadi macam ‘berjalan’ dan bukannya berlari di padang. Keputusan di Selayang juga amat mengecewakan kerana tiada gol yang dijaringkan oleh kedua-dua pasukan baik Sime Darby mahupun Terengganu sendiri.

 

Final kali ini akan memperlihatkan Sime Darby sebagai sebuah kelab pertama yang pergi ke final menentang naib juara tahun lepas, iaitu Kelantan. Kelantan menang secara ‘gol ditempat lawan’ kerana menjaringkan 2 gol malam tadi. Keputusan antara Kedah dan Kelantan ialah secara agregatnya 3-3.