Sinar FM bertukar kepada Sudirman FM?

Benarkah Sinar FM akan bertukar nama selepas beroperasi sejak tahun 2005 yang lalu.

Berita yang saya tonton di Astro sendiri ada menyatakan yang tujuannya ialah untuk memberi penghargaan kepada Allahyarham Sudirman sendiri, sambil memainkan lebih banyak lagi lagu-lagu Allahyarham Sudirman.

 

Nama Sudirman FM akan diguna pakai bermula 25hb May 2012.

 

Saya rasa nama Sinar FM ni patut dikekalkan sahaja daripada ditukar nama. Rating you all pun bukannya teruk sangat. Tetapi itu terpulang pada pihak pengurusan AMP sendiri. Mereka yang nak guna nama Sudirman ni… Apa respon pendengar pula?