Piala FA 2012 : Mampukah Terengganu layak?

image

Mampukah skuad Peteh kendalian Mat Zan Mat Aris untuk menunaikan janjinya kepada peminat-peminat fanatik mereka untuk layak ke final Piala FA 2012, seterusnya mempertahankan gelaran tersebut selepas gelaran yang sama digenggam ketika mengalahkan Kelantan pada tahun lepas?

 

Sebelum ini Terengganu dihentam kerana kalah besar kepada Selangor 6-0 pada perlawanan Liga Super…, dan juga kekalahan demi kekalahan di atas padang, membuatkan segelintir penyokong tak senang duduk dan mengamuk di stadium akibat kekalahan Terengganu kepada Sime Darby FC pada iperlawanan semifinal Piala FA.

 

Hari ni, Mat Zan Mat Aris perlu menunjukkan kejaguhannya dalam menyediakan taktikal yang berkesan untuk memenangi perlawanan ini. Kat atas kertas, nampaknya Terengganu lebih hebat berbanding Sime Darby. Tetapi dengan agregat 1-2 dan kelebihan pada Sime Darby dengan 2 gol, Terengganu mesti menang dengan kelebihan 2 gol tanpa dibalas gol. Mampukah Sharbinee menggagalkan setiap percubaan dari penyerang Sime Darby yang dikatakan hebat dan terunggul tu…?

 

Kita saksikan perlawanan malam ini di Stadium Selayang di mana Sime Darby adalah tuan rumah.

Saya jangkakan Sime Darby menang dengan agregat yang sama 2-0. Yeahhhh…!!!!!