Mari kita ke gerai “Chicken Chop” RM5 di Hutan Bandar JB

2012-05-30 19.56.35
Di malam Isnin yang dingin, isteri saya mengajak saya dan anak untuk makan malam di sebuah gerai melayu yang menyediakan makanan berbentuk Western ( ala… kalau kat Johor ni, Western mesti dikaitkan dengan Chicken Chop… Lamb Chop…. Beef Chop… dan chop chop chop)
Kata isteri saya, yang menariknya ialah harga yang ditawarkan untuk chicken chop tersebut ialah serendah RM5. Ya ke…? Macam tak percaya chicken chop tu murah? Kalau kat Pasir Gudang rata rata chicken chop dijual sebanyak RM9 ke atas.


Gerai Chicken Chop RM5 ni berada di lokasi dalam Hutan Bandar Johor Bahru. Bagi sesiapa yang tak tahu atau orang di luar Johor Bahru, Hutan Bandar ni berhadapan dengan Asrama Puteri Johor Bahru. Senang cerita jalan nak pergi ke RTM Johor Bahru

View Larger Map

Sampai di sana suasana kat sana memang gamat. Bukannya gamat macam mana pun, ramai orang. Masuk ke sana sahaja gerai yang pertama yang anda akan jumpa ialah gerai makanan yang menjual sate, mee bandung  dan aneka nasi goreng. Selepas itu baru berjumpa gerai chicken chop RM5 di sebelahnya.

2012-05-30 20.01.36
Ramainya orang….!!!!

Isteri buat order untuk makan Grill Chicken Chop (harganya RM6.50) dan Chicken Chop RM5.00
Hmm first time makan kat sini ingatkan semuanya harga RM5.00

2012-05-30 19.58.04
Ini gerainya secara berhadapan. Maaflah gambar tak berapa nak clear kalau guna Samsung Galaxy phone ni… Kat sini yang paling mahal kalau tak silap saya ialah Beef Steak dia.. Harganya lebih kurang RM10 kot… Tak berapa nak ingat.

2012-05-30 20.01.09
Ni le gambar makanan yang saya makan. Chicken Chop yang berharga RM5.00



2012-05-30 20.00.31
Ni pula Chicken Chop yang berharga RM6.50.

Bagi pendapat saya, bersesuaian dengan harganya yang berpatutan, rasanya pun kalau ikutkan sama le dengan harganya yang ditawarkan. Tak tau le bagi sesiapa yang pernah makan kat sini.. kau orang komen le sendiri.. bagi saya, inilah pendapat saya… Rasa Chicken Chop ni tak le se gah dengan Chicken Chop yang berharga RM10 ke atas… tetapi sedap le juga…

Gerai ni dibuka pada sebelah petang bermula jam 5 petang… Kalau kau orang pergi tengah hari memang tak kan jumpa punya…

OK le… kalau rasa nak datang makan chicken chop, di Hutan Bandar JB adalah pilihan yang tepat untuk berjimat.

2012-05-30 19.55.592012-05-30 19.59.21