Loji pemprosesan gas Petronas meletup… Salah siapa?

http://melayukini.net/wp-content/uploads/2012/05/loji-petronas-meletup.jpg
Untuk berita keselamatan pekerjaan hari ini, sebuah loji pemprosesan gas Petronas di Paka, Terengganu meletup pada petang tadi.. Berita Harian telah melaporkan 10 orang cedera. Manakala berita TV pula mengatakan sudah ada 2 kematian. Terkini sudah ada 1 lagi kematian dan kematian sudah menjadi kepada 3 orang. (Akan tetapi tak tau le pula yang mati itu adalah rakyat Malaysia ke warga asing?)


Walau apa pun bila ada sahaja kematian berlaku di loji Oil & Gas ni, yang akan panas bontot ialah mereka yang bertanggungjawap terhadap kejadian ni.. Supervisor, Project Manager, Safety Supervisor, Safety Officer akan dipanggil oleh JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan) untuk merungkaikan apa permasalahan sehingga menjadi 3 kematian sekaligus… Kalau Petronas sebagai Maincond tak boleh jawab, maka ada kemungkinan tempat kejadian akan di ‘seal’ (DISITA) sehingga kes selesai.

Menurut berita yang dilaporkan, letupan berlaku ketika melakukan proses pemotongan dan welding (kimpalan). Spark dari welding tadi masuk ke pipeline dan menyebabkan letupan dan kebakaran.
Dalam hal ni… kita nak tahu bagaimana proses pemotongan dan welding ni dilakukan tanpa ada penilaian dari pihak berkuasa di Petronas?

i.) Permit to Work => Siapa yang bagi permit untuk buat kerja welding tu..? Kenapa kerja pemotongan perlu dibuat tanpa menyedari risiko ‘spark’ welding tu tadi?

ii.) Siapa yang menyelia di tempat kejadian?

iii.) Ada tak Safety Of Procedure selain dari Standard Of Procedure?

iv.) Bagaimana ‘spark’ dari welding tu boleh masuk ke pipeline dengan begitu mudah.. ? Dalam keadaan biasa, spark api tu sepatutnya jatuh dekat mana?

Siapa yang biasa dengan kerja welding dan juga Safety Officer mungkin boleh merungkai masalah ni.. Oleh itu nak tahu juga apa tindakan pembetulan yang boleh dibuat oleh Petronas untuk manjaga reputasi loji ni… kerana sebelum ni dah ada kes gas ammonia bocor dalam 2 bulan yang lepas.

Lebih baik Petronas confirmkan balik apa yang berlaku, daripada JKKP suruh dismantle kawasan bencana tu….