Lee Chong Wei tarik diri dari Piala Thomas 2012

image

Baru sebentar tadi, apabila saya menonton Astro Arena, Chong Wei sudah pun menarik diri daripada meneruskan perlawanan ketika mendahului 2-0 ke atas pemain perseorangan pertama Denmark (Peter Gade). Ini bermakna Lee Chong Wei terpaksa memberikan mata percuma kepada Denmark untuk mendahului Malaysia 0-1. Lee Chong Wei sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Thomas.

 

Berbeza dengan kecederaan yang dialami ketika di All England, Lee Chong Wei kali ini mengalami kecederaan di buku lali. Memang nampak kaki dia terpelecok keluar sebelum terduduk di tengah gelanggang.