Lebuhraya EDL vs VEP Singapura


Lebuhraya EDL yang telah pun dibuka sejak 1 April lalu. Kadar tol yang perlu dibayar oleh pengguna EDL masih belum diputuskan lagi. Berita muktahir ni… katanya pembayaran tol yang dikenakan (RM15.30 untuk pergi dan balik dari Singapura) ditangguhkan sehingga tiba pada masa yang sesuai untuk perlaksanaan tol berbayar. Lebuhraya EDL berharga RM1.4billion dari segi kos pembinaannya di mana MRCB adalah syarikat konsesi lebuhraya ini.


Banyak orang membantah perlaksanaan pembayaran tol ni.. sebabnya dah le kena bayar RM15 pergi dan balik (di Malaysia).. Apa kata kalau kita tengok pula VEP Singapura, di mana jika kenderaan plat asing ( kenderaan plat Malaysia), kos nya adalah lebih mahal…

Ni saya ambik dari pengalaman sendiri berulang alik ke Singapura dari tahun 2003 hingga 2006, dan maklumat ni diambik dari Kementerian Pengangkutan Darat Singapura

image

Yang di atas itu ialah VEP (Vehicle Entrance Permit) yang dikenakan per hari… dalam SIN Dollar
Yang di bawah ni pula ialah kadar tol.
image

Kita kira balik…
Katakan anda bekerja naik motor plat Malaysia… pergi Singapura ikut Lebuhraya EDL dan melalui Woodlands CIQ
Kadar VEP dah kena SD4.00 ( RM9.60)
Kadar tol free
Lebuhraya EDL pergi dan balik (RM2.30)
Jumlah perbelanjaan = RM11.30

Katakan kalau naik kereta… (berkongsi…)
Kadar VEP dah kena SD20.00 (RM48.00)
Kadar tol pula ialah SD1.20 (RM2.80)
Lebuhraya EDL (RM15.30)
Jumlah kos = RM66.20

Bila saya fikirkan balik, saya boleh mengatakan bahawa kadar tol untuk kereta yang terpaksa melalui Bangunan Sultan Iskandar (memang le kena lalu punnn….) sebanyak RM15.30 tidak sepatutnya untuk kenderaan negara kita. Dah le kena bayar lagi kat Singapura.. lagi mahal pulak tu.. Kalau RM10 pergi dan balik atau kurang dari itu rasanya lagi baik untuk plat Malaysia yang ke Singapura.

Dan kita terlalu murah hati membayar VEP Singapura. Bila tol di negara sendiri melenting kerana kos bertambah. Dan kenapa kita terlalu bermurah hati dengan plat Singapura? Kenapa plat Singapura tak dicaj sama harga dengan VEP yang berlu dibayar setiap hari oleh rakyat Malaysia.. ?
Menjadi persoalan nih….. Siapa yang boleh jawab? Angkat tangan…!!!