Kasihanilah pantai kita….

image
Musim cuti sekolah sudah pun bermula.. maka beramai-ramailah ibu bapa membawa anak masing-masing pergi bersiar-siar, terutamanya tempat yang berair sama ada di tepi sungai atau pun di tepian pantai.
Kita cerita di tepi pantailah senang, sebab tepian sungai jarang orang nak pergi berkelah.
Masing-masing ada yang tinggal di hotel, challet, rumah tumpangan dan tidak lupa juga siap buat khemah di tepi pantai, maklumlah nak buat barbeque pada malamnya…
Tetapi ada sesuatu yang tidak kena…


Bagi yang nak buat khemah, ingatkan nak buat khemah jauh sedikit dari pantai, takut-takut ombak besar nanti, hanyut ke tengah laut… tapi alahai.. kenapa lah banyak benar sampah dekat kawasan ni?

1.) Banyak tin-tin minuman kosong dibiarkan di atas tanah… polystrin lagi le jangan cakap.. siap ada cacing lagi kat dalam tu… werghh…..

2.) Bila berjalan kat pantai tu…. kenapa le banyak bebenar benda-benda yang tidak sepatutnya dibuang di gigi pantai…? Ada ke patut buang lampin anak yang bernajis tu di tepi pantai… arggh sadisnya…

3.)Kenapa le manusia yang berkelah ni tak de kesedaran langsung nak jaga pantai? Apa le salahnya kalau bagi kemas sampah-sampah tu pergi buang ke tempat yang sepatutnya? Rumah sendiri nak bersih, tapi pantai kita ni apa cerita? Nak harapkan pihak penguasa pantai ke yang nak buat kutip sampah?

Semakin hari pantai kita semakin tercemar… Taunya nak komplen sana sini, tapi bila pergi ke pantai diri sendiri tiada kesedaran. Macam mana tu?