Gambar panas artis wanita di zaman 1990 an



Pada sekitar pertengahan 1990 an dulu, artis wanita kita tidak dinafikan memang cukup glamour. Pada zaman 90 an di mana saya dah pun bersekolah menengah ketika itu dan kebetulan tinggal di asrama putera, rata-rata dormmates saya suka menampal gambar-gambar artis-artis perempuan yang cun dan seksi di zaman itu. Nama-nama macam Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Ziela Jalil, Noralbaniah dan tidak lupa juga Zaiton Sameon memang terkenal dengan kecantikan dan keseksiannya.

Majalah-majalah hiburan seperti Media Hiburan, VariaPop dan URTV berlumba-lumba untuk mendapatkan sessi foto yang terbaik untuk dipaparkan di majalah masing-masing. Majalah-majalah ini memang laris macam pisang goreng, selain berita sensasinya pada zaman itu dan dengan kerancakan irama rock kapak, tidak lupa juga diselitkan dengan gambar-gambar artis seksi yang menggugat iman.



Bila beli URTV, siapa yang tak terliur tengok gambar Zarina Zainuddin berposing dengan hanya pakai baju singlet dan seluar pendek? Tergugat iman woooi sampai poster itu ada yang ditampal ke bilik air.. !!! Tak berkedip tengok gambar Sofea Jane yang hanya berseluar pendek dengan putih mulusnya tu… Merenung sampai tembusss….!! Ada juga siap bawak tidur poster tu tadi…

Tapi di zaman itulah apabila artis memperagakan keseksiannya, maka bermacam-macam kontroversi selepas itu. Zarina Zainuddin difitnah kerana sengaja berpakaian untuk memikat Datuk, Ziela Jalil pula terpalit dengan adegan ranjang bersama Barry Prima ketika berlakon di Indonesia dan Sofea Jane pula dengan kes adegan bercium dalam sebuah filem.

Pendek kata, seksinya artis di zaman itu mengundang padah pada diri artis wanita itu sendiri, hanya dipergunakan oleh media untuk melariskan jualan majalah tetapi terpalit dengan kes-kes yang menjatuhkan maruah sendiri.

Pada tahun 2012 ni… belum ada dengar lagi artis seksi yang ada kes besar-besaran dan fitnah. Tetapi harap-harap sedarlah diri tu sikit… Ambillah pengajaran daripada orang lama. Seksi tidak bermaksud untuk bermegah-megah atau nak menunjuk-nunjuk. Terlebih seksi nanti habis kena malu kat facebook…
Siapa susah?