Follow dan Unfollow : Saya tidak menyesal


Ada beberapa follower blog saya sebelum ini (ada blog baru.. dan ada juga blog dari otai) telah mengambil tindakan proaktif dengan unfollow blog ini. Alasannya blog saya tidak menariklah, malas nak baca.. tak de untung dan ada juga yang mengatakan yang dia tak suka tulisan saya yang berbahasa kasar. Sebenarnya saya tidak ada apa-apa dalam hal ini.


Dalam beberapa keadaan, jika saya menulis dalam keadaan marah, macam-macam tulisan yang tidak sepatutnya keluar di dalam blog. Dan beberapa blogger dan follower saya ada yang menegur dan mereka tidak suka tulisan kotor. Saya menghormati pandangan masing-masing dalam hal ini.

Dan kadang-kadang, apabila dah lama tak menulis, ada yang menganggap saya sudah tak berminat, walhal sebenarnya di dunia realiti yang mencabar ini, saya sibuk dalam 2 atau 3 perkara. Sampai ada yang mengambil tindakan untuk unfollow je blog ni. termasuklah dari otai.

Apa-apa hal pun, saya tidak menyesal jika saya berkurang dari segi follower, tetapi saya harus menaikkan taraf blog ni semula untuk menjadi lebih ke hadapan dari segi bentuk pengisian, bukannya tulis kosong….

Saya berharap follower dan pembaca yang lain memberi semangat kepada saya untuk terus menulis di blog ini.