Dasar Perumahan Rakyat Johor ke atau warga Asing?


Kerajaan Negeri memperkenalkan Dasar Perumahan Rakyat Johor dalam membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman selesa berikutan
kenaikan harga dalam pasaran hartanah.
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perumahan negeri, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, dasar berkenaan telah diperkenalkan bermula 1 April lalu selain menawarkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dengan harga RM110,0000.- Petikan daripada Sinar Harian 4-05-2012


Apa yang saya mahu ulaskan kat sini, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang ditawarkan oleh Bahagian Perumahaan Negeri bagi saya adalah mahal sangat. Dan untuk mencari rumah yang harganya di bawah RM120, 000 di Johor ni agak susah. Tidak banyak pemaju (terutamanya di daerah Kulaijaya dan Johor Baharu) yang hendak membina rumah dengan harga di bawah RM120,000… lagi le kalau RM80 000. Kata mereka tak de untung, lagi-lagi kalau buat rumah lot Bumiputera.

Peliknya di Johor ni, pemaju lebih berminat buat rumah-rumah mewah di sekitar pinggir bandar. Tengok sahaja le Nusajaya dan yang terkini, Senibong Cove (berdekatan dengan Bandar Permas Jaya). Sayangnya rumah dijual dalam harga INTERNATIONAL ( lot antarabangsa ). Tidak ramai orang melayu golongan pertengahan mampu memiliki rumah, rata-rata pendapatan penduduk di sekitar Johor Baharu ni pun majoritinya di bawah RM3000, bukannya RM5000 seperti yang di syaratkan oleh RMMJ.

Satu lagi soalan, banyak-banyak lot antarabangsa ni nak jual kat siapa? Confirm yang akan beli ialah warga Singapura kerana dia orang ada kuasa membeli… bukannnya seperti orang Melayu kita di Johor Baharu.
Saya berharaplah RMMJ mengkaji dan buat ‘further study’ dulu. Jangan terlalu bagi muka kat pemaju perumahan yang tahunya untung je…..