Buat abang-abang Trailer……




Buat abang-abang yang bekerja sebagai pemandu lori atau pun pemandu trailer….
Mungkin tulisan saya ini, tak kan dibaca oleh kamu semua.. Maklum le.. sibuk kat tengah jalan tu.. Di mana-mana sahaja anda berada, saya doakan anda semua sihat sentiasa di samping dengan anak isteri, dan juga trailer yang tersayang, di mana trailer adalah punca rezeki abang-abang semua.

Tetapi saya bukanlah nak berniat untuk mengguris hati abang-abang semua. Tetapi nak mengingat sesama manusia. Sebab di sekeliling kita pun masih ramai lagi insan-insan yang mahu meneruskan kelangsungan hidup.

Kami tahu, anda mendapat gaji berdasarkan kepada berapa banyak trip yang boleh dibawa bersama dengan bebanan, selain daripada gaji pokok yang tidak seberapa.
Kami tahu juga anda nak cepat, sebab mesti tiba ke destinasi berdasarkan pada agreement, dan mesti tepat waktu. Tetapi adakah Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia ni membenarkan abang-abang semua memandu terlalu laju, hingga kereta kat belakang pun terpaksa menjarakkan dirinya jauh sedikit, takut-takut bebanan belakang tercabut…. dan akhirnya……

Sudah banyak kes, bila lori dipandu terlalu laju di highway, dengan tiba-tiba bebanan di belakang (kontena, barang logam, barang kayu) tercabut kerana ikatan yang longgar, sehingga kenderaan tak stabil dan membahayakan orang di belakang. Itu belum cerita bila tayar belakang meletup. Bersepai serpihan tayar kena kat kereta orang lain. Dibuatnya kepingan tu jatuh kat mat motor tu apa cerita? Kenapa sebelum bertolak, tak tengok-tengok ke tayar tu masih ada bunga atau pun dak terkoyak?

Itu belum lagi cerita trailer yang laju kat jalan-jalan kampung, sampai terbalik dibuatnya kontena kerana memandu laju di jalan yang macam patuk ular. Dah tau jalannya begitu kenapa nak laju juga? Tak fikir ke keselamatan orang sekeliling?

Trip pun trip jugak, duit pun duit juga kerana segala-galanya adalah DUIT untuk hidup kat Malaysia ni. Tapi sebagai pemandu trailer, jangan le sibuk sangat nak kejar masa sampai buat orang lain terbunuh. Kalau ada kes, trip entah ke mana… destinasi tak sampai-sampai, gaji habis burn bayar saman (kau jangan mimpi le boss kau orang akan bayarkan saman).

Kalau ikut Undang-Undang menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 41 (1)

Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor
di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara
yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan
(termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas
yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) merbahaya

kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum
penjara selama tempoh *tidak kurang daripada dua tahun dan tidak
lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima
ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.


Abang-abang trailer…. bukan sedikit kena kompound tu.. gaji sebulan pun tak lepas. Jangan kerana nak ikut sangat kata hati, sampai ada kematian orang lain…
Berwaspada la di jalan raya…