Bekerja dengan company Jepun…


Malam ni saya nak menulis tentang bekerja dengan syarikat-syarikat yang dipunyai oleh orang Jepun. Dan saya percaya ramai di luar sana yang pernah bekerja dengan syarikat Jepun sama ada yang Multinasional company atau pun kilang Jepun kecik… Saya juga tidak terkecuali. Pernah bekerja dengan kilang Jepun selama hampir 7 tahun.


Adakah bekerja dengan orang Jepun ni senang?
Hmm sebenarnya tengok pada keadaan syarikat yang anda masuk juga… Kebanyakan orang-orang Jepun yang dihantar bekerja di Malaysia sudah pun berpengalaman kerja di negara sendiri. Biasanya dalam sessi perkenalan  (bila pada hari pertama), Jepun tu akan memperkenalkan diri dia, serta pengalaman dia. Biasanya pengalaman Jepun ni … dia orang akan cakap berpengalaman selama 20 tahun ke atas.. Maksudnya memang berpengalaman… Tetapi… bila dia dihantar ke Malaysia, paling busuk pun jawatan dia ialah kerja ‘air liur’ ( jadi Advisor). Walaupun begitu, pengalamannya yang selama 20 tahun tu.. mungkin dia tu jadi operator mesin je.. tak pun paling mangkuk.. jawatannya ialah Technician atau pun socai pegang spanar. Di Malaysia dia jadi Advisor.

Ada sesetengah syarikat Jepun.. senaman pagi dan membaca polisi syarikat adalah wajib setiap pagi sebelum waktu pukul 8 pagi. Ada juga yang membuat senaman seminggu sekali. Senaman dia tu.., macam tarik nafas lah… bengkokkan pinggang… tunduk ala ala Jepun tunduk, memusing pinggang dan scretching. Biasanya selama 10 minit.

Orang Jepun paling suka kepada kekemasan dan ketepatan waktu. Sesiapa yang pernah kerja dengan Jepun ni.. konsep 5S amat ditekankan.. Orang Jepun juga suka buat kerja brainstorming dan aktiviti KAIZEN. Maka setiap bulan, wajib ada aktiviti QCC (Quality Control Circle). Tapi QCC ni adalah projek yang membosankan..

Yang menjadi masalah utama bila bekerja dengan Jepun ni adalah masalah bahasa. Bukannya bahsa Jepun tetapi bahasa Inggeris. Ada yang fasih cakap tu.. boleh faham tetapi ada sesetengah Jepun ni perkataan Inggeris dah jadi macam bunyi Jepun, sampai saya sendiri pun tak faham apa yang Jepun ni sebut. Contohnya BALANCE jadi BALANG… NOSE jadi NONGS… MEASURE jadi MEASUNGRE..

Kalau Jepun marah.. biasanya marah dia menjerit dan bercampur aduk dengan bahasa Jepun.. (Kiranya dia maki kita tapi kita tak paham..) Setakat ni…tak pernah pula ada Jepun berkata BAGERO… Kalau AAHOOO (Bodoh) , itu biasa….

Sebenarnya, banyak lagi saya nak cerita pasal pengalaman bekerja dengan orang Jepun ni.. tetapi saya akan sambung kemudian di lain posting. Nasihat saya.. kalau ada Jepun menunjal kamu semua dengan jari telunjuk atau pun memegang baju kolar anda ketika dia marah, apa katanya kalau anda buat satu laporan polis dan report ke Pejabat Buruh..  Confirm dia akan dihantar pulang ke negara asal dia.. Hmm padan muka Jepun tu…