Bayi maut terkena renjatan elektrik- Aspek Keselamatan Di Rumah

image
Kejadian seorang bayi yang maut kerana renjatan elektrik ketika berada di rumah bukanlah perkara baru. Terkini, bayi berusia dalam 4 bulan Syahmina Zulaika Mohamad Hazim Akmal maut terkena renjatan elektrik kerana memegang wayar sambungan elektrik.


Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes renjatan elektrik ini kerana ia bukanlah perkara baru pasal terkena renjatan elektrik di rumah. Tetapi nak mengulas lanjut apa yang kita terlepas pandang tentang kejadian berulang di mana-mana rumah pun di Malaysia. Saya percaya hampir 100% rumah di Malaysia ni pasti akan ‘terpaksa’ membeli wayar sambungan elektrik ataupun lebih dikenali sebagai extension plug ni. Cuma kita jarang-jarang nak ambik tahu sama ada wayar sambungan yang dibeli bersesuaian dengan penggunaan di rumah dan aspek-aspek keselamatan yang lain untuk menghindari kes-kes sebegini.

Perkara pokok yang perlu anda tahu, sebelum membeli sesuatu extension plug, anda harus memastikan terllebih dahulu jenama yang boleh dipercayai. Tetapi jika kita tidak pasti, anda perlu melihat produk itu sama ada ia direkomen oleh Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM. Anda boleh melihat stiker SIRIM ditampal di produk terbabit.

image
Tetapi sebenarnya kita tidak boleh mengharapkan sticker SIRIM semata-mata. Anda perlu melihat kepada aspek yang lain, iaitu pastikan tiada wayar berwarna biru, merah dan hijau yang terdedah daripada penebat kelabu. (terutamanya pada plug utama dan pada bahagian plug yang akan disambung pada soket elektrik). Jika terdedah, jangan beli.

Dari segi panjangnya extension tersebut, jika hendak dipasang pada jarak 2 meter daripada perkakasan elektrik, sebaik-baiknya beli le dalam 3 meter panjang. Jangan beli panjangnya ngam-ngam soi je.. Satu lagi aspek keselamatan yang perlu diketahui di rumah, wayar penyambungan ni sebenarnya paling tiak sesuai dipasang di bahagian dapur, sebab terdedah dengan kelembapan dan bahan-bahan cecair seperti air terpercik, minyak masak atau air sabun. Jika terpaksa dipasang di dapur, dinasihatkan untuk meletakkannya di tempat tinggi.
Jika dipasang di bilik tidur atau diruang tamu, paling bagus kalau wayar penyambungan ni diletakkan bersebelahan dengan soket utama dan dilekatkan kat dinding.

Jika anda ada sebarang cadangan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik yang disebabkan oleh wayar penyambungan, sila komen melalui post ni dan saya akan update semula  post ni.. Apa yang paling penting, utamakan aspek keselamatan di rumah juga, ingatlah orang tersayang OK…!!