Lagi penjawat awam dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah!

image

Malang sungguh negara kita ni. semakin ramai penjawat-penjawat awam di Malaysia ni dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Nampak duit depan mata, abis keimanan masing-masing melayang entah ke mana.

 

Berita muktahir yang saya baca ni amat menyedihkan hati. Kenapa bangsa aku ni senang sangat ditipu dan akhirnya memerangkap diri sendiri? Nak salahkan siapa lagi… ? Nak kata gaji tak cukup, rasanya sebagai Penolong Pengarah di sesuatu Jabatan Kerajaan, sepatutnya gaji yang beliau dapat tu dah cukup besar rasanya.. masih nak makan rasuah lagi?

 

Lilyhanah Abdul Salam yang bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Ketuah Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Melaka dihadapkan ke mahkamah dengan seorang lagi yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Tanah (Danial Rahmad) kerana menerima suapan RM5,000 dari Tee Seng Hoo melalui orang tengah, Toh Meng Leng sebagai dorongan melakukan perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal iaitu membantu mengelak tanah milik Tee Seng Hoo di Lot 2288 Mukim Sungai Udang diambil semula.

 

Apa nak jadi le dengan kebanyakan pegawai penjawat awam sekarang ni.. macam mana le orang awam nak percaya dengan intergriti mereka sekiranya rasuah ni semakin banyak dilaporkan di media? Bila masuk berita je.. tau pulak nak cover muka.. Malu le konon… Apa kata tok-tok menteri kita di parlimen dan ahli-ahli yang berhormat di Dewan Rakyat? Apakah cadangan anda bagi ‘fix’ terus masalah rasuah di kalangan penjawat awam ni? Tak kan tak ada cadangan?