Google dengan Zip spender!!

 

image

Mana tak peliknya… Bila bukak website Google je… terpampang le satu zip panjang. Macam zip seluar… Ada juga terfikir balik.. Ntah apa-apa je promosi yang Google ni nak buat? Sebab sudah menjadi kebiasaan pada Google kalau ada je event, maka website diaorang ni berubah bentuk.

Biasanya, perubahan dilakukan pada tulisan sahaja…

Tapi untuk malam ini, Google hanya perlu meletak ‘secebis’ zip panjang..

 

Mulanya saya buat tak tau je dengan ‘zip’ yang nampak macam bodoh je kat website tu.. Tetapi ada rasa tergerak di hati kalau-kalau zip itu boleh dibuka dan apa yang ada di sebalik zip tersebut, sebab Google ni penuh dengan tipu helahnya.

 

Bila zip dibuka…….

 

image

 

Rupa-rupanya di sebalik zip google tu sebenarnya ialah searching untuk Gideon Sunback. (Pereka yang bertanggungjawab mengkomersialkan zip ) Mulanya ingatkan Gideon Sunback tu jenama kasut terompah.

 

Kenapa Google mengiktiraf Gideon Sunback ni? Sebab hari ni hari jadi mamat tu… Lahir pada 24 April 1880 dan dia menjadi terkenal kerana zip….