Gaji minimum sektor swasta RM900????

 

image

Baru le tadi ni bukak TV siaran Astro Awani, tetapi yang keluar ialah ehsan RTM1 dan keluar muka Pak Najib kita tengah berucap kerana mengumukan satu perkara penting. Iaitu berita gembira bagi mereka yang bekerja di sektor swasta.

 

PM Najib mengumumkan bahawa gaji minimum yang perlu diberi oleh majikan swasta kepada pekerjanya ialah sebanyak RM900.00 (Semenanjung) dan RM800.00 (Sabah dan Sarawak) atau pun RM4.33 bagi sejam pekerjaan kalau tak silap saya. Walau bagaimanapun, majikan diberi tempoh sehingga 12 bulan untuk menerima pakai gaji minimum ini.

 

Ini merupakan berita gembira bagi mereka yang bekerja di kilang-kilang, perladangan dan apa sahaja yang dinamakan SWASTA.  Yang tidak sedap didengar pula, ada ura-ura yang peniaga-peniaga akan menaikkan harga barang susulan dari pengumuman ini.

 

Berita ini juga sebenarnya akan memeningkan sesetengah majikan dan mula le dia orang ni akan macam-macam cakap dibelakang. Walau bagaimanapun, sebenarnya gaji minimum ini memang patut dilakukan….