Berhutang dengan Along.. Lebih banyak bala dari mudah!

image
Gambar dengan ihsan : komunitikini.com

Sebentar tadi, saya ada terbaca dekat Berita Harian online berkenaan masalah along yang kini mula menular ke TLDM ( Tentera Laut Di Raja Malaysia ) sehinggakan Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz telah mengeluarkan arahan yang agak tegas

“ Minggu ni semua anggota tentera TLDM mesti mengisytiharkan kedudukan kewangan masing-masing. Jika tidak, tindakan tatatertib terpaksa diambil demi menjaga maruah angkatan tentera”…..


Ini berikutan terdapat beberapa aduan yang along dengan selambanya cuba memasuki kuarters tempat tinggal anggota TLDM untuk mencari peminjam-peminjam duit diaorang ni le… Tetapi ada yang dihalang dari mengganggudi kuarters. Ada juga sebahagian anggota TLDM yang berhutang telah ponteng kerja dek kerana dikejar oleh abang long….. yang cukup looong…… lai lai lai….

Saya tidak boleh nak komen lanjut dalam bab TLDM ni sebab kalau salah tulis, takut kena court le pulak. Tapi harus diingat, apa sebabnya anggota TLDM tu berhutang dengan along, kena dikaji dengan lebih mendalam oleh pegawai tertinggi TLDM atau pun Kementerian Pertahanan sendiri. Mana tau kalau ada yang tahik judi… meminjam dengan along adalah jalan terbaik untuk meneruskan judi atau membayar hutang judi… yang ada masalah kewangan pulak.. terpaksa meminjam dengan along dan sebagainya…

Bukan sahaja TLDM , cabang-cabang lain dalam angkatan tentera juga harus monitor, buat pemantauan apa masalah yang berlaku pada kewangan anggota masing-masing? Periksa sampai ke akar umbi, bukas sampai dasar tanah sahaja..