Aku dah bingit dengan jet Singapore!!!

image
Sejak beberapa hari ni.. ruang udara Pasir Gudang, Johor telah dibingitkan oleh bunyi jet-jet pejuang yang terbang agak rendah dan hasilnya bunyi itu membuatkan aku jadi stress. Stress kerana bunyinya bertalu-talu dalam jangkamasa 15 ke 20 saat.

Bila saya pandang keluar, ada le dilihat jet pejuang berterbangan di udara dan menuju ke arah pelabuhan Johor. Saya suspek jet-jet pejuang ni adalah milik Tentera Singapura.


Mentang-mentang le dah menang court pasal Pulau Batu Putih, sekarang ni dengan selamba ‘dog’ je Singapura sesuka hati nak menceroboh ruang udara Malaysia pulak? Tak de tempat lain lagi ke nak lalu selain kawasan perumahan awam? Akal letak ke lutut ke apa Lee Hsien Loong?

Nampaknya Malaysia melalui Kementerian Pertahanan tak boleh berdiam diri. Singapura yang kononnya kawan sebenarnya musuh dalam selimut. Israel pun dah dekat sangat dengan Pasir Gudang ni.. Malaysia ada hak nak jatuhkan jet pejuang ni kalau boleh.. tetapi Singapura menggunakan laluan kawasan perumahan dan laluan kawasan perkilangan berbahaya ( Di kawasan Titan Chemical dan Johor Port ).

Kalau aku ni Ultraman Taro.. dah lama aku fire jet-jet ni.. Memekak je….!!