Stesen Radio diberi amaran–Jangan mengada-ngada rojakkan bahasa….

image

Datuk Seri Rais Yatim, iaitu yang menjaga Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah berbunyi bahawa ada sesetengah stesen radio swasta yang gemar menggunakan bahasa dialek kedaerahan dan ‘merojakkan’ bahasa Melayu. “Terdapat sesetengah stesen radio yang dikesan melakukan kesalahan itu dan sudah pun dikenakan tindakan hasil pemantauan berterusan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)”

Datuk Rais juga mendakwa SKMM menerima banyak aduan yang penyampai radio serta iklan yang disiarkan tidak menggunakan bahasa yang betul, pendek kata bahasa rojak. (Mencampur adukkan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.) Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku..
Datuk Rais Yatim ditemubual dalam wawancaranya bersama Bernama Radio24 yang telah pun ke udara di sekitar Johor Bahru sejak 2 bulan yang lalu, tetapi hanya dirasmikan pada 20hb Feb 2012.


Kalau nak diikutkan, hampir semua stesen radio swasta yang ada kat Malaysia ni, (yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara) menggunakan bahasa rojak apabila DJnya berbual. Macam-macam le perkataan rojak tu.. tapi adakah perkataan budak-budak muda sekarang diambil kira. Contohnya OMG (Oh My God!!!), WTH (What The Hell!!), AYS ( Are You Serious?) dan macam-macam le..  DJ radio pun terikut-ikut sama dengan rentak pendengar.

Bukan sahaja DJ, tapi pendengar radio yang memanggil pun sama.. kadang-kadang berbual campur.. kejap bahasa Melayu, kejap bahasa inggeris, akhirnya tak faham dia cakap apa… Ni le nak memartabatkan bahasa Melayu, tapi orang Melayu sendiri pun dah tak nak ambik kisah… Apa halnya ?

Bagi stesen radio yang ditegur oleh pak menteri ni.. kalau boleh cubalah berubah. Memang kalau nak ikut rentak pendengar tu boleh… tapi jangan sampai bahasa sendiri pun hancur…